Bentuk naratif dari pespektif teori filem kognitif: kajian terhadap filem Identity (2003) dan Predestination (2014) / Mohd Safwan Ahmad

Desertasi ini tertumpu kepada kajian mengenai bentuk-bentuk naratif dari perspektif teori filem kognitif berdasarkan teknik-teknik penyampaian jalan penceritaan dalam filem. Selain itu, tesis ini juga akan menghuraikan mengenai bentuk-bentuk naratif yang sering diimplementasikan dalam penghasilan fi...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Ahmad, Mohd Safwan
Format: Student Project
Language:English
Published: 2017
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/31854/1/PPb_MOHD%20SAFWAN%20AHMAD%20FF%20B17%205.pdf
Description
Summary:Desertasi ini tertumpu kepada kajian mengenai bentuk-bentuk naratif dari perspektif teori filem kognitif berdasarkan teknik-teknik penyampaian jalan penceritaan dalam filem. Selain itu, tesis ini juga akan menghuraikan mengenai bentuk-bentuk naratif yang sering diimplementasikan dalam penghasilan filem. Huraian tersebut disertakan juga dengan elemen-elemen utama yang mempengaruhi pembinaan bentuk-bentuk naratif tersebut. Kajian ini turut melihat kepada impak bentuk-bentuk naratif yang digunakan dalam filem untuk menghantar maklumat kepada penonton. Desertasi ini akan menggunakan kaedah kualitatif yang memerlukan penulis untuk membuat penontonan terhadap dua buah filem iaitu Identity (2003) dan Predestination (2014). Hasil penontonan dua buah filem tersebut akan dikaitkan dengan maklumat yang diperolehi melalui pembacaaan ilmiah terhadap kajian-kajian lepas. Berdasarkan hasil kajian yang diperolehi, desertasi ini mendapati bahawa bentuk-bentuk naratif sangat penting dalam penyampaian mesej dan pemahaman penonton terhadap sesebuah naratif. Penyusunan syuzhet yang digunakan di dalam kedua-dua filem diatas mempengaruhi pembinaan fabula dalam pemikiran manusia berdasarkan teori yang dikemukakan oleh David Bordwell. Penyusunan syuzhet yang berlainan akan membina bentuk naratif berbeza dan ia akan mempengaruhi penonton untuk memahami naratif tersebut dengan sudut pandangan yang berlainan.