Summary: | Kajian ini adalah tertumpu kepada pengurusan terhadap penerbit dan juga penyampaian mengikut ketetapan dan kesesuaian kehendak Islam yang dilaksanakan khususnya di stesen TV Al-Hijrah. Kajian ini adalah bagi menjawab persoalan di dalam kajian tesis ini yang berkaitan dengan bagaimanakah TV Al-Hijrah melaksanakan penyampaian kreatif, mengapakah penerbit perlu terlibat dengan golongan agamawan dan apakah sumbangan kerajaan Malaysia terhadap rancangan berbentuk Islamik televisyen tempatan. Kajian tesis ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti strategi sumber penyampaian kreatif yang diketengahkan oleh pihak TV Al-Hijrah, merungkai penglibatan golongan agamawan terhadap penerbit yang menerbitkan rancangan Islamik dan mengetahui sumbangan pihak kerajaan Malaysia terhadap rancangan berbentuk Islamik televisyen tempatan Malaysia. Kajian ini akan menggunakan kaedah kualitatif yang melibatkan temuduga secara bersemuka iaitu temubual separa berstruktur. Data ini akan dikumpul dan dianalisa menggunakan kaedah pengumpulan dan analisis tema. Kepentingan kajian ini adalah untuk menjadikan input dan penilaian dilaksanakan ini agar dapat dijadikan sebagai panduan dan rujukan bagi setiap penerbit dan mana-mana penglibatan pihak pengurusan rancangan TV tempatan khursusnya bagi melaksanakan rancangan TV yang berunsurkan Islamik. Walaubagaimanapun, TV Al-Hijrah telah melaksanakan pelbagai usaha untuk menarik penonton di dalam rancangan Islamik di samping itu, penglibatan golongan agamawan juga berkait rapat dengan pihak penerbit rancangan Islamik bagi mengukuhkan lagi isi kandungan Islamik di dalam rancangan Islamik. Hal ini, membuatkan penulis menjadikan kajian ini sebagai sumber rujukan dan panduan di masa akan datang.
|