Pelaksanaan wakaf di universiti awam: Cabaran dan cadangan penambahbaikan / Rohayati Hussin and Rusnadewi Abdul Rashid

Kebergantungan kepada dana kerajaan bukan lagi satu kelebihan kepada Universiti Awam untuk kesinambungan. Ini kerana Universiti Awam disaran mencari alternatif lain untuk mengurangkan kerbantungan kepada dana kerajaan. Wakaf pada masa kini dilihat mempunyai potensi yang besar sebagai salah satu...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Hussin, Rohayati, Abdul Rashid, Rusnadewi
Format: Article
Language:Malay
Published: Universiti Teknologi MARA, Kedah
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/32565/1/AJ_ROHAYATI%20HUSSIN%20VOA%20K%2018.pdf
Description
Summary:Kebergantungan kepada dana kerajaan bukan lagi satu kelebihan kepada Universiti Awam untuk kesinambungan. Ini kerana Universiti Awam disaran mencari alternatif lain untuk mengurangkan kerbantungan kepada dana kerajaan. Wakaf pada masa kini dilihat mempunyai potensi yang besar sebagai salah satu alternatif untuk menampung kekurangan dana di Universiti Awam. Bertepatan dengan itu, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh telah menyarankan supaya Universiti Awam menubuhkan Tabung Wakaf pada penghujung 2016 untuk mendepani cabaran kekurangan dana pada tahun yang mendatang. Pelbagai reaksi timbul terhadap saranan itu namun, ia perlu dilihat kepada konteks yang lebih luas. Sehingga kini beberapa Universiti Awam telah menyahut saranan tersebut dengan menubuhkan Tabung Wakaf. Namun begitu, wujud beberapa persoalan sejauh mana ia mampu dilaksanakan di samping beberapa cabaran yang timbul. Oleh itu, artikel ini akan mengupas mengenai beberapa isu dan cabaran yang timbul berkaitan pelaksanaan wakaf di Universiti Awam serta cadangan penambaikan ke arah kelestarian wakaf di Universiti Awam. Berteraskan kepada kajian kualitatif yang menggunapakai kaedah analisa kandungan (content analysis), artikel ini diharap dapat membuka mata pelbagai pihak yang terlibat dalam usaha menjayakan pelaksanaan wakaf di Universiti Awam. Pengalaman beberapa universiti di luar negara dalam menerajui dana wakaf perlu dipelajari demi kelangsungan wakaf di universiti di Malaysia