Summary: | Isu dan cabaran penubuhan Muzium Sejarah Semulajadi
(MSS) di Malaysia dalam era globalisasi dibincangkan.
Muzium adalah sebuah institusi bersifat tetap, tidak
mencari keuntungan, memberi khidmat kepada
masyarakat dan perkembangannya terbuka kepada orang
ramai untuk memperoleh maklumat, menyelidik,
memulihara, berkomunikasi dan pameran untuk tujuan
pendidikan dan rekreasi, disaksikan oleh manusia dan
lingkungannya. Sehingga kini, di Malaysia masih belum
wujud sebuah muzium khas untuk warisan sejarah
semulajadi. Berbanding dengan negara jiran dan barat,
ia telah lama membangunkan muzium sejarah
semulajadinya. Masanya telah tiba bagi Malaysia, negara
yang kaya dengan kepelbagaian biologi untuk memiliki
sebuah Muzium Sejarah Semulajadi. Penubuhannya amat
dinantikan lantas mewujudkan pelbagai isu dan cabaran
khususnya dalam era globalisasi ini. Antara isu dan
cabarannya ialah pembangunan sumber tenaga manusia,
mengekang penyeludupan keluar harta warisan
semulajadi dan batas-batas capaian maklumat
kepelbagaian biologi dalam dunia tanpa sempadan
|