Summary: | Kre-O merupakan percubaan kedua Hasbro dalam memecahkan monopoli Lego, dalam industri permainan berasaskan blok. Menerusi kerjasama dengan syarikat permainan blok Korea, Oxford; siri-siri berasaskan jenama terkenal seperti Transformers, G.I. Joe dan Star Trek telah dihasilkan. Justeru, kertas kerja ini menerangkan secara
ringkas tentang keistimewaan Kre-O berbanding Lego dari segi rekabentuk asas dan kompleks. Juga, sejarah perkembangan Kre-O sebagai alternatif kepada Lego. Turut difokuskan, bagaimana siri dominan Kre-O iaitu Transformers bertahan selama tujuh tahun. Diharapkan kertas kerja ini mampu menjadi asas kepada penyelidikan
yang lebih menyeluruh berkaitan industri permainan yang bernilai billion USD.
|