Perbandingan antara konsep hadiah dan rasuah di Malaysia dari perspektif islam / Mohammad Badrulamin Rohmad
Islam sentiasa menggalakkan umat manusia untuk mengamalkan amalan memberi hadiah dan menjadikannya sebagai amalan dalam kehidupan seharian kaum muslimin. Hadiah menurut istilah syarak ialah suatu akad yang mengandungi pemberian milik oleh seseorang secara sukarela terhadap hartanya kepada seseorang...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Student Project |
Language: | English |
Published: |
2019
|
Subjects: | |
Online Access: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/34183/1/34183_5.pdf |
Summary: | Islam sentiasa menggalakkan umat manusia untuk mengamalkan amalan memberi hadiah dan menjadikannya sebagai amalan dalam kehidupan seharian kaum muslimin. Hadiah menurut istilah syarak ialah suatu akad yang mengandungi pemberian milik oleh seseorang secara sukarela terhadap hartanya kepada seseorang yang lain pada masa hidupnya tanpa balasan dan ianya berbeza sekali dengan amalan rasuah. Amalan rasuah harus diasingkan dari hidup seseorang kerana ianya melanggar norma hidup masyarakat seterusnya akan memberi kesan negatif terhadap kehidupan sejagat. Tujuan kajian dijalankan untuk mengenal pasti konsep sebenar antara hadiah dan rasuah serta perbandingan keduanya. Kajian ini menggunakan kajian perpustakaan untuk memperoleh data dan maklumat serta mengkaji dokumen-dokumen yang berkaitan yang terdiri daripada buku, majalah dan jurnal untuk mengetahui pandangan fuqaha’ mengenai konsep hadiah dan rasuah serta perbandingannya. Di akhir kajian, terdapat beberapa cadangan dinyatakan bagi umat Islam supaya lebih cenderung untuk mengamalkan amalan hadiah berbanding rasuah. |
---|