Summary: | Kedatangan masyarakat Cina ke Malaysia mengikut sejarah, adalah bersama pegangan agama dan kefahaman cara hidup mereka termasuk ajaran Konfucius. Beberapa nitai utama ajaran ini adalah relevan dengan ajaran-ajaran agama lain juga termasuk Islam. Persoalan yang berkaitan kini ialah aspek amalan dan aplikasi nilai-nilai ajaran ini dalam masyarakat Cina sekarang khususnya di Malaysia. Satu kajian empirikal terhadap masyarakat Malaysia dengan menggunakan 'sampling' di Lembah Kelang dan juga di Kuching, Sarawak telah dijalankan. Kertas ini juga menjawab beberapa persoalan dalam konteks negara dan masyarakat Malaysia mengenai penghayatan nilai-nilai murni yang transendental (keagamaan), sesuai dengan falsafah atau Rukun Negara Malaysia iaitu 'Kepercayaan Kepada Tuhan'.
|