Summary: | Kajian ini dilakukan untuk menghasilkan satu kerangka-kerja bagi
sistem penilaian prestasi ujian pelajar (peperiksaan) berkomputer.
Kerangka-kerja dihasilkan berdasarkan kepada kehendak
pengguna di samping mengikut pendekatan pembangunan sistem
komputer dalam bidang kejuruteraan perisian. Sistem e-peperiksaan
ini dilakukan dengan menggunakan simulasi main peranan terhadap
responden untuk memastikan tinjauan borang soal selidik dapat
diambil dengan baik. Kaedah statistik analisis descriptive dan
bivariate digunakan untuk menganalisis tinjauan borang soal
selidik. Hasil daripada analisa ini satu kerangka-kerja sistem epeperiksaan
dihasilkan. Kerangka-kerja ini boleh dicadangkan
penggunaannya untuk semua aplikasi yang seumpana ini yang ingin
dibangunkan di masa hadapan kerana ianya mengambil kira aspek
kehendak pengguna dan tuntutan bidang kejuruteraan perisian.
Selain menghasilkan kerangka-kerja, kajian juga dilakukan untuk
menentukan tahap kepuasan serta penerimaan responden terhadap
sistem peperiksaan berkomputer. Dalam kajian, ini tahap kepuasan
serta penerimaan responden adalah tinggi dan baik. Objektif kajian
yang terakhir adalah untuk menentukan sama ada faktor-faktor
demografik mempengaruhi persepsi responden. Hasil kajian
mendapati, persepsi seperti keselesaan, kebolehpercayaan,
keberkesanan, konsistensi dan kepuasan responden terhadap sistem
kajian ini tidak dipengaruhi oleh faktor-faktor demografik.
|