"Restoran ayam goreng manjaria" cabaran & masa depan / Mohd Yazid Abdul Majeed ... [et al.]

Restoran Ayam Goreng Manjaria telah memulakan perniagaannya pada lhb. Januari 1985' la merupakan salah satu jenis perniagaan yang diusahakan oleh Syarikat Manja Segar 3dn. Bhd. Perniagaan ini telah dibeli oleh seorang pengusaha bumiputra iaitu Encik Abdul Manan bin Mohd. Yusof dan isterinya Pua...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Abdul Majeed, Mohd Yazid, Mohamed, Anuar, Baba, Jahara, Tajudin, Muzdalifah, Alias, Zaida
Format: Student Project
Language:English
Published: 1985
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/36217/1/36217.PDF
Description
Summary:Restoran Ayam Goreng Manjaria telah memulakan perniagaannya pada lhb. Januari 1985' la merupakan salah satu jenis perniagaan yang diusahakan oleh Syarikat Manja Segar 3dn. Bhd. Perniagaan ini telah dibeli oleh seorang pengusaha bumiputra iaitu Encik Abdul Manan bin Mohd. Yusof dan isterinya Puan Jamilah daripada seorang pengusaha Cina. Restoran itu yang dahulunya dikenali sebagai 'Restoran Ayam Goreng Big A' ditukar namanya menjadi 'Restoran Ayam Goreng Manjaria.' Ujudnya perkataan 'Manja' adalah daripada gabungan nama Encik Manan dan isterinya Puan Jamilah. Manjaria juga berasal dari perkataan Itali 'Manjaria' yang bermaksud makan. Encik Manan merupakan pengusaha bumiputra, yang pertama menceburkan diri dalam perniagaan 'Ayam Goreng' di daerah Kelang. Beliau adalah pengusaha berpengalaman yang berkelulusan, Diploma In Enterpreneur Development dari pusat pengajian ILO, Tourene, Itali. Tujuan beliau yang utama adalah untuk memperkenalkan Ayam Goreng Manjaria di daerah Kelang. Di samping itu beliau juga memberikan latihan kemahiran kepada para pekerjanya. la juga cuba untuk menghapuskan keraguan isu halal haram di kalangan para pelanggan terutamanya orang Islam. Tambahan pula pada pandangan beliau jika tuan empunya adalah orang Melayu secara tidak langsung, ternyata makanannya halal. Paktor utama yang mendorong beliau untuk bergiat di dalam perniagaan jenis ini memandangkan kepada kurangnya penyertaan bumiputra di dalam perniagaan tersebut di masa kini. Pengalaman yang luas di dalam perniagaan telah memberi keyakinan kepada beliau untuk membuka perniagaan sendiri.