The roles of baitulmal in Malaysia towards implementing business fund scheme / Dr. Ahmad Che Yaacob , Razali Daud , Roslim Mohamad , Basaruddin Shah Basri , Mohd Bahrin Othman

Sejarah Islam telah menunjukkan bahawa institusi Baitulmal khususnya zakat berperanan penting dalam mengerakkan sosioekonomi umat Islam. Bahkan, semasa zaman khalifah Umar b. Abdul Aziz, institusi zakat telah mampu mengatasi permasalahan kemiskinan sehingga tidak ada pihak yang mahu menerima wang ba...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Che Yaacob, Ahmad, Daud, Razali, Mohamad, Roslim, Basri, Basaruddin Shah, Othman, Mohd Bahrin
Format: Research Reports
Language:English
Published: Institute of Research, Development and Commercialization , Universiti Teknologi MARA 2007
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/4216/1/LP_AHMAD_CHE_YAACOB_07_24.pdf
Description
Summary:Sejarah Islam telah menunjukkan bahawa institusi Baitulmal khususnya zakat berperanan penting dalam mengerakkan sosioekonomi umat Islam. Bahkan, semasa zaman khalifah Umar b. Abdul Aziz, institusi zakat telah mampu mengatasi permasalahan kemiskinan sehingga tidak ada pihak yang mahu menerima wang bantuan zakat. Namun, realiti institusi zakat pada hari ini agak berbeza. la masih belum mampu untuk menyamai piawaian yang telah ditetapkan terdahulu seperti di zaman kegemilangan Islam. Walaupun kutipan zakat di seluruh negara pada tahun 2005 mencapai RM573 juta dan boleh dibanggakan, namun ia kurang daripada 1% hasil pendapatan negara. Namun, isu seterusnya ialah berkaitan dengan agihan zakat. Apakah pula program-program yang sepatutnya diberikan keutamaan dalam mengatasi permasalahan kemiskinan? Adakah dengan memberikan perkahwinan percuma atau amil diberikan peruntukan lebih banyak berbanding dengan asnaf fakir dan miskin? Kajian ini bertujuan untuk membincangkan usaha-usaha ke arah memastikan peningkatan kutipan dan seterusnya memikirkan strategi yang bersesuaian untuk membantu golongan asnaf zakat, khususnya dengan melaksanakan Skim Bantuan Perniagaan. Kajian menaruh keyakinan bahawa Skim Bantuan Pemiagaan mampu untuk membantu usahawan Muslim, dan melepaskan mereka daripada belenggu kemiskinan dan menukar status mereka daripada penerima zakat kepada pembayar zakat. Untuk itu kajian turut memfokuskan perbincangan keberkesanan pelaksanaan skim dan mencadangkan beberapa penambahbaikan. Apa yang menarik ialah kejayaan Grameen Bank Bangladesh dan pengasasnya Prof Muhammad Yunus sehingga beliau mendapat anugerah Nobel. Kejayaan ini telah memberi sinar harapan bahawa Skim Bantuan Modal Pemiagaan mampu untuk mengurus kemiskinan secara teratur dan berstrategi.