Summary: | Penilaian hartanah merupakan suatu tugas yang sangat kompleks dan kontroversi. Oleh yang demikian sesuatu kerja penilaian itu mestilah mempunyai tujuan yang tertentu bagi memberikan kesenangan kepada penilai untuk menilaikan harta yang berkenaan dengan menggunakan kaedah-kaedah penilaian yang bersesuaian. Kaedah-kaedah penilaian yang diamalkan masa kini adalah seperti Kaedah Perbandingan, Kaedah Kos, Kaedah Keuntungan, Kaedah Pelaburan, Kaedah Nilai Baki dan Kaedah Aliran Tunai Terdiskaun. Penggunaan komputer dapat membantu penilai untuk memproses data-data dan menghasilkan data-data yang teiah dianalisis dengan mempamerkan analisis-analisis statistik. Satu-satunya kaedah penilaian yang melibatkan penggunaan statistik adalah Kaedah Analisis Regrasi Berganda yang semakin dikenali walaupun tidak digunakan secara keseluruhannya.
|