Kesan kempen inflasi sifar terhadap gelagat pengguna di Negeri Melaka / Mahadzir Ismail...[et.al]

Pelancaran kempen inflasi sifar telah mencetuskan beberapa persoalan pokok yang wajar dikaji khususnya persoalan keberkesanan dan perubahan gelagat pengguna. Kajian ini bermatlamat untuk melihat, antaranya, kesedaran dan kefahaman pengguna terhadap kempen, mekanisma utama penerimaan maklumat kempen...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Ismail, Mahadzir, Md Salleh, Arifin, Abdul Rasool, Mohamad Saladin, Wan Mustapha, Wan Norliza
Format: Research Reports
Language:English
Published: Unit Penyelidikan dan Perundingan 1997
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/22479/1/LP_MAHADZIR%20ISMAIL%20M%20BRC%2097_5.pdf
Description
Summary:Pelancaran kempen inflasi sifar telah mencetuskan beberapa persoalan pokok yang wajar dikaji khususnya persoalan keberkesanan dan perubahan gelagat pengguna. Kajian ini bermatlamat untuk melihat, antaranya, kesedaran dan kefahaman pengguna terhadap kempen, mekanisma utama penerimaan maklumat kempen dan kesan kempen terhadap amalan perbelanjaan yang dirancang. Berdasarkan model gelagat pengguna, model logik pengukuran keberkesanan telah diolah sebagai model kerja kajian. Kajian ini dilaksanakan di negeri Melaka dengan melibatkan 2,000 orang responden yang dipilih secara berdasarkan persampelan kouta berkelompok. Analisa data dibuat secara tabulasi silang, kekerapan dan ujian statistik Chi-square. Antara dapatan kajian ialah, pertama, hampir 70% daripada pengguna mengetahui keujudan kempen inflasi sifar. Kedua, mekanisma utama penerimaan maklumat ialah media elektronik dan cetak. Ketiga, lebih 80% yang mengetahui keujudan kempen mengamalkan perbelanjaan yang dirancang.