Kaedah melakar untuk diterjemahkan dalam bentuk lukisan cadangan seni reka perindustrian / Shahriman Zainal Abidin dan Marzuki Ibrahim

Reka bentuk adalah proses kreatif yang menterjemah idea kepada kenyataan. Walaupun pelajar dan/atau pereka mempunyai pelbagai ilmu pengetahuan dalam proses merekabentuk dan kefahaman teknikal, jika keupayaan mereka melukis dengan baik tidak mantap, segala idea dan konsep senireka tidak akan dapat di...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Zainal Abidin, Shahriman, Ibrahim, Marzuki
Format: Research Reports
Language:Malay
Published: Research Management Institute 2004
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/22503/1/LP_SHAHRIMAN%20ZAINAL%20ABIDIN%20IRMI%20K%2004_5.pdf
Description
Summary:Reka bentuk adalah proses kreatif yang menterjemah idea kepada kenyataan. Walaupun pelajar dan/atau pereka mempunyai pelbagai ilmu pengetahuan dalam proses merekabentuk dan kefahaman teknikal, jika keupayaan mereka melukis dengan baik tidak mantap, segala idea dan konsep senireka tidak akan dapat direalisasikan secara 2 dimensi dan 3 dimensi. Kajian ini menguji kaedah konsep melakar secara perbandingan yang paling sesuai untuk dipraktikkan oleh pelajar di Institusi Pengajian Tinggi Awam yang mewakili zon utara, zon selatan, zon barat dan zon timur. Selain itu kajian menilai sejauh mana pemilihan jenama bagi material asas, jenis material, teknik asas melakar dan teknik menghasilkan lakaran terbaik memberi kesan kepada seseorang pelajar Seni Reka Perindustrian. Hasil kajian mendapati pencapaian pelajar banyak dipengaruhi oleh pemilihan jenama bagi material asas dan teknik menghasilkan lakaran yang betul dalam menghasilkan lukisan cadangan Seni Reka Perindustrian yang berkualiti tinggi. Seterusnya dapatan kajian menunjukkan hanya aspek mengajar mengikut kaedah kronologi melakar yang betul, demonstrasi, menunjuk contoh lakaran terbaik dan menggunakan alat bantuan mengajar oleh pensyarah adalah komponen penting serta signifikan bagi menghasilkan lakaran yang bermutu tinggi oleh pelajar Seni Reka Perindustrian.