Kajian persepsi dan faktor kualiti udara di dalam pemilikkan hartanah kediaman. kajian kes : Seksyen 2, Shah Alam. / Fakhrul Husni Jusoh

Faktor kualiti udara mungkin akan di nyatakan secara tidak langsung melalui faktor permintaan atau pun faktor citarasa seseorang pembeli. Masalah pencemaran kualiti udara boleh menjadi terlalu serius akibat daripada proses urbanisasi dan perindustrian yang membawa bilangan penduduk yang besar meneta...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Jusoh, Fakhrul Husni
Format: Student Project
Language:English
Published: 2010
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/2596/1/2596.pdf
Description
Summary:Faktor kualiti udara mungkin akan di nyatakan secara tidak langsung melalui faktor permintaan atau pun faktor citarasa seseorang pembeli. Masalah pencemaran kualiti udara boleh menjadi terlalu serius akibat daripada proses urbanisasi dan perindustrian yang membawa bilangan penduduk yang besar menetap dalam kawasan-kawasan kecil dan padat. lanya dapat dilihat berdasarkan kepada peningkatan terhadap permintaan unit kediaman terutama di kawasan Petaling dan Klang. Terdapat beberapa bukti dari kajian soal selidik yang dikaji di Nashville, Tennessa merumuskan bahawa orang ramai percaya pencemaran udara boleh mempengaruhi permintaan harta tanah dan mereka merancang untuk berpindah ke tempat udara yang tidak tercemar. Kajian ini ingin mengenalpasti persepsi penghuni di kawasan kajian terhadap faktor kualiti udara di dalam pemilikkan harta tanah kediaman. Kajian yang dijalankan juga adalah bertujuan untuk mengenal pasti hubungan yang wujud antara faktor kualiti udara dan pemilikkan harta tanah kediaman. Hasil kajian yang telah dijalankan menunjukkan bahawa penghuni kawasan kajian kurang mengambil perhatian terhadap keadaan tahap kualiti udara dan faktor ini juga bukanlah faktor utama yang dipertimbangkan didalam pemilikkan harta tanah kediaman.