Reading speed and eye movement pattern in artificial peripheral scotoma stimulations / Nur Fadhilah Abd Rani

Pendahuluan: Membaca adalah salah satu rutin harian yang akan terkesan dengan defek di bahagian periferi. Aktiviti membaca akan menjadi sukar di kalangan pesakit yang kehilangan medan penglihatan periferi. Kajian ini mengkaji kelajuan membaca dan pergerakan mata dengan stimulasi kecacatan medan pen...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Abd Rani, Nur Fadhilah
Format: Student Project
Language:English
Published: Faculty of Health Sciences 2015
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/25986/1/PPb_NUR%20FADHILAH%20ABD%20RANI%20HS%2015_5.pdf
Description
Summary:Pendahuluan: Membaca adalah salah satu rutin harian yang akan terkesan dengan defek di bahagian periferi. Aktiviti membaca akan menjadi sukar di kalangan pesakit yang kehilangan medan penglihatan periferi. Kajian ini mengkaji kelajuan membaca dan pergerakan mata dengan stimulasi kecacatan medan penglihatan periferi pada peringkat yang berbeza. Alatan dan kaedah: Sepuluh orang peserta berpenglihatan normal telah mengambil bahagian dalam kajian ini (Julat umur=23). Kelajuan membaca dan pergerakan mata telah diukur ketika membaca teks bacaan Bahasa Melayu dalam keadaan normal dan empat stimulasi dengan skotoma peripheri buatan menggunakan video okulografi tiga dimensi (3D-VOG) Keputusan: Tiada perbezaan ketara di antara kelajuan membaca dan pergerakan mata dengan skotoma periferi buatan. Purata kelajuan membaca untuk keadaan normal, stimulasi 1, stimulasi 2, stimulasi 3, dan stimulasi 4 masing masing ialah 130.48 ± 20.47 wpm, 122.28 ± 11.17 wpm, 124.20 ± 21.37 wpm, 124.28 ± 17.72 wpm, 110.84 ± 23.06 wpm. Stimulasi ke empat iaitu skotoma buatan periferi yang terbesar menunjukkan kelajuan bacaan yang paling perlahan manakala kelajuan yang paling laju adalah pada berkeadaan membaca yang normal. Bagi keputusan pergerakan mata, bilangan fiksasi yang paling tinggi adalah daripada keadaan normal dan stimulasi 2 menunjukkan bilangan fiksasi yang paling rendah. Manakala,bilangan regresi yang paling tinggi daripada stimulasi 2. Kesimpulan: Keputusan telah dapati bahawa secara statistik, stimulasi skotoma periferi tidak menjejaskan kelajuan membaca, bilangan fiksasi dan bilangan regresi. Walau bagaimanapun, kelajuan membaca berkurang apabila stimulasi skotoma periferal bertambah teruk. Keputusan yang diperoleh ini kemungkinan disebabkan oleh bilangan perserta yang sedikit.