Kajian mengenai proses rekabentuk dalam kejuruteraan / Ahmad Rithauddin Zainal Ahmad dan Syd Shamsul Fauzi Syd Muhamad

Di dalam laporan ini kami cuba menerangkan dengan jelas tentang proses rekabentuk dalam kejuruteraan. Laporan ini mengandungi beberapa langkah awal yang diperlukan oleh sekumpulan jurutera untuk memulakan sesuatu proses rekabentuk. Kami juga ada menerangkan mengenai definisi kejuruteraan, tujuan ser...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Zainal Ahmad, Ahmad Rithauddin, Syd Muhamad, Syd Shamsul Fauzi
Format: Student Project
Language:English
Published: Faculty of Mechanical Engineering, Universiti Teknologi MARA 1998
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/26632/1/PPd_AHMAD%20RITHAUDDIN%20ZAINAL%20AHMAD%20EM%2098_5.pdf
Description
Summary:Di dalam laporan ini kami cuba menerangkan dengan jelas tentang proses rekabentuk dalam kejuruteraan. Laporan ini mengandungi beberapa langkah awal yang diperlukan oleh sekumpulan jurutera untuk memulakan sesuatu proses rekabentuk. Kami juga ada menerangkan mengenai definisi kejuruteraan, tujuan serta kepentingan sesuatu proses rekabentuk itu dan juga langkah-langkah yang terdapat dalam satu proses rekabentuk yang mudah seperti pengumpulan idea, penghalusan idea, analisa masalah dan juga perlaksanaan projek. Tetapi bagi setiap proses rekabentuk yang berlainan, langkah-langkah yang diikuti adalah berbeza bergantung kepada jenis produk yang hendak dihasilkan. Bagi menunjukkan dengan lebih jelas maka kami telah membuat satu contoh proses rekabentuk di mana kami telah mereka sebuah kerusi khas untuk menggunting rambut bagi kegunaan orang yang cacat anggota kaki seperti lumpuh, kudung atau bagi orang yang kerdil tetapi mempunyai kebolehan dan skil untuk menggunting rambut. Kami membuat contoh ini dengan mengikuti langkah-langkah yang paling mudah dalam proses rekabentuk kejuruteraan dan penerangan secara lanjut telah kami tunjukkan dalam Bab 3 laporan ini. Sebagai satu kajian dalam proses rekabentuk kejuruteraan kami berharap dengan laporan ini maka sedikit sebanyak dapat membantu memberi penjelasan kepada semua pihak mengenai proses rekabentuk dalam kejuruteraan. Dan sekiranya ada pihak yang dapat memberi penjelasan yang lebih jelas dan tepat maka ini adalah sangat dialu-alukan.