Sejauh manakah keberkesanan penguatkuasaan Akta Kilang dan Jentera 1967 dijalankan di tapak bina / Nurianie Md Ghazali
Perkembangan yang pesat ke atas sektor pembinaan di abad ke 20 telah menyebabkan bertambahnya permintaan bagi penggunaan mesin dan jentera dan juga tenaga buruh di tapak bina sama ada tenaga mahir mahupun kurang mahir. Mesin dan jentera yang dibawa masuk ke negara ini yang digunakan oleh industri bi...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2000
|
Subjects: | |
Online Access: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/26778/2/26778.pdf |
Summary: | Perkembangan yang pesat ke atas sektor pembinaan di abad ke 20 telah menyebabkan bertambahnya permintaan bagi penggunaan mesin dan jentera dan juga tenaga buruh di tapak bina sama ada tenaga mahir mahupun kurang mahir. Mesin dan jentera yang dibawa masuk ke negara ini yang digunakan oleh industri binaan hendaklah dikawal sama ada dari segi penggunaannya di tapak bina mahupun kesan penggunaannya dalam industri binaan sendiri. Ini disebabkan ada kalanya mesin atau jentera yang diimport dari luar perlu diketahui kesesuaiannya dan keupayaan sebenarnya sebelum ia boleh digunakan. Ada juga mesin yang belum pernah digunakan di negara ini atau yang baru dibawa masuk yang mana ia memerlukan pengendali yang bertauliah agar keselamatan di tapak bina terkawal Penggubalan akta yang mengawal penggunaan mesin dan jentera di tapak bina serta keselamatan dalam pengendaliannya adalah perlu dan penguatkuasaannya pada hari ini adalah kena pada masa dan tempatnya. Semua pihak yang terlibat dengan sebarang projek pembinaan haruslah sedar akan keperluan untuk menjaga keselamatan pekerja dan juga keperluan penggunaan mesin dan jentera yang sentiasa berada dalam keadaan baik di tapak bina. Kajian disertasi ini dibuat untuk mengetahu sejauh mana penguatkuasaan Akta Kilang dan Jentera 1967 dijalankan di tapak bina dan tanggungjawab pihak-pihak yang terbabit untuk menurut segala keperluan yang perlu dipenuhi mengikut kehendak-kehendak akta. Diharap kesimpulan, rumusan dan cadangan dapat dihasilkan dan dibuat terhadap isu-isu yang timbul dari kajian yang telah dilakukan. |
---|