Summary: | Pencarian maklumat di hujung jari merupakan satu trend yang diguna pakai masa kini. Oleh itu, satu sistem yang cekap, pantas dan tepat perlu diwujudkan selaras dengan keperluan semasa. Sistem manual yang selama ini digunakan tidak lagi relevan. Pengurusan fakulti terutamanya yang melibatkan kegiatan pelajar sering mendapat sungutan dan rungutan tentang ketidakberkesanan sumber secara manual yang masih diguna pakai. Isu seperti memperoleh maklumat tentang syarikat yang sudi membuka pintu untuk aktiviti lawatan akademik serta mengenal pasti penceramah yang sesuai untuk dihubungi merupakan persoalan yang perlu diselesaikan secara berkesan. Sehubungan itu, satu sistem diwujudkan bagi mengatasi isu yang timbul. Keadaan ini akan melicinkan lagi program yang dirancang oleh para pelajar di bawah TabungAmanah Pelajar (TAPA). Kaji selidik telah dilaksanakan dalam kalangan beberapa responden bagi mencari jalan menyelesaikan masalah yang telah dikenalpasti. Oleh itu sistem ez locate dapat memudahkan proses kerja dan meningkatkan kepuasan hati pihak yang terlibat melalui penjimatan kos operasi dan masa. Maklumat yang diakses tepat mengikut kehendakpelanggan.
|