Kajian kesedaran dan amalan etika perniagaan mengikut perspektif Islam / Kamal Bahrin Shamsuddin… [et al.]

Penyelidikan ini bertujuan untuk mengenalpasti aspek-aspek pengetahuan etika, kesedaran dan amalan perniagaan mengikut perspektif Islam. Sebanyak dua ratus enam belas responden ( peniaga muslim ) telah dipilih untuk ditemuduga di 10 buah kawasan di Zon Utara Semenanjung Malaysia iaitu Sungai Petani,...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Shamsuddin, Kamal Bahrin, Jaafar, Elias, Abd Hamid, Osman
Format: Research Reports
Language:Malay
Published: Research Management Institude 2003
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/28703/1/LP_KAMAL%20BAHRIN%20BIN%20SHAMSUDDIN%20RMI%20K%2003_5.pdf
Description
Summary:Penyelidikan ini bertujuan untuk mengenalpasti aspek-aspek pengetahuan etika, kesedaran dan amalan perniagaan mengikut perspektif Islam. Sebanyak dua ratus enam belas responden ( peniaga muslim ) telah dipilih untuk ditemuduga di 10 buah kawasan di Zon Utara Semenanjung Malaysia iaitu Sungai Petani, Alor Star, Kulim, Baling, Pulau Langkawi, Kangar, Arau, Kepala Batas, Butterworth dan Bukit Mertajam. Data kajian ini dianalisis mengunakan pendekatan kaedah ujian t, teknik analisis faktor, analisis model-model secara regresi mudah dan regresi bolehbilang melalui pakej SPSS versi 11.0. Hasil dari penganalisisan kajian ini mendapati tahap pengetahuan etika, kesedaran dan amalan peniaga-peniaga muslim mengikuti perspektif Islam adalah masih kurang memuaskan. Namun begitu didapati responden mempunyai tahap amalan yang baik dari sudut perlaksanaan akad jual beli, pengasingan barangan yang berbeza kualiti untuk mengelak unsur-unsur gharar, mempastikan ketepatan alat timbang sukat, dan tidak berurusniaga di waktu terlarang iaitu khususnya ketika azan Jumaat berkumandang. Kajian ini juga mendapati wujud hubungan signifikan diantara pembolehubah sandar tahap amalan perniagaan mengikut perspektif Islam dengan pembolehubah-pembolehubah bebas tahap pengetahuan etika dan tahap kesedaran peniaga muslim. Oleh yang demikian, peniaga muslim yang tidak mempunyai pengetahuan etika dan kesedaran, maka sudah tentu mereka tidak akan mempraktikkan amalan perniagaan mengikut perspektif Islam. Disamping itu, pembolehubah-pembolehubah bebas kekerapan menghadiri kursus etika perniagaan Islam dan kawasan operasi perniagaan didapati turut menpunyai hubungan signifikan dengan pembolehubah sandar tahap amalan perniagaan mengikut perspektif Islam. Berdasarkan penemuan kajian ini adalah disarankan kepada pihak kerajaan untuk mewajibkan semua bakal-bakal peniaga muslim mengikuti kursus etika perniagaan Islam selaras dengan kepentingan para pengguna muslim dan untuk mencapai matlamat kerajaan Malaysia menjadikan negara ini pengeluar utama barangan dan perkhidmatan halal diperingkat global