Halangan komunikasi padu dalam kegiatan motivasi dari sudut pandangan hipotesis sapir-whorf / Ahmad Hakimi Khairuddin

Motivasi adalah satu aktiviti yang penting dalam kehidupan seharian pada hari ini. Kegiatan ini diperlukan untuk membolehkan ahli-ahli sesuatu organisasi, sama ada swasta ataupun awam, berfungsi dengan sepenuhnya dalam organisasi tersebut dan seterusnya memastikan bahawa segala urusan organisasi ber...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Khairuddin, Ahmad Hakimi
Format: Article
Language:English
Published: Faculty of Communication and Media Studies, Universiti Teknologi MARA 2021
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/2924/1/2924.pdf
Description
Summary:Motivasi adalah satu aktiviti yang penting dalam kehidupan seharian pada hari ini. Kegiatan ini diperlukan untuk membolehkan ahli-ahli sesuatu organisasi, sama ada swasta ataupun awam, berfungsi dengan sepenuhnya dalam organisasi tersebut dan seterusnya memastikan bahawa segala urusan organisasi berjalan dengan lancar. Kegiatan motivasi melibatkan komunikasi. Salah satu andaian utama dalam kegiatan motivasi yang dilakukan oleh pihak pengurusan sesuatu organisasi adalah bahawa motivasi adalah sesuatu yang baik dan boleh dilakukan kepada semua individu. Individu yang tidak boleh menerima anjakan paradigma melalui kegiatan motivasi dianggap sebagai bermasalah dan tidak sesuai dalam budaya organisasi berkenaan. Penulisan ini akan cuba untuk mengenengahkan satu pemikiran yang bercanggah dengan andaian di atas. Pemikiran ini berteraskan aliran pemikiran antropologi kebudayaan Amerika Syarikat, dan lebih menjurus kepada sub-bidang antropologi linguistik. Hipotesis Sapir-Whorf diketengahkan sebagai penjelasan mengapa kegiatan motivasi tidak mampu berjaya sepenuhnya. Pemahaman tentang hipotesis ini boleh membawa peningkatan hasil kerja kepada individu yang perilakunya sukar diubah melalui kegiatan motivasi.