Penilaian pretasi pelajar MDAB yang mengikuti program diploma Pengurusan dan teknologi pejabat, UiTM Pahang / Siti Khalijah Majid & Rohana Rohana Johan

Kajian ini melihat kepada perkembangan prestasi pelajar-pelajar MDAB atau yang mengikuti program Pra Perdagangan di UiTM sebelum mengikuti program Diploma Pengurusan dan Teknologi Pejabat. Seramai 106 orang pelajar tahun akhir sesi Mac – Julai 2018 telah dijadikan responden kepada kajian kes ini....

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Majid, Siti Khalijah, Johan, Rohana
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Teknologi MARA Cawangan Pahang 2019
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/29310/1/29310.pdf
Description
Summary:Kajian ini melihat kepada perkembangan prestasi pelajar-pelajar MDAB atau yang mengikuti program Pra Perdagangan di UiTM sebelum mengikuti program Diploma Pengurusan dan Teknologi Pejabat. Seramai 106 orang pelajar tahun akhir sesi Mac – Julai 2018 telah dijadikan responden kepada kajian kes ini. Seramai 74 orang dari bilangan tersebut adalah pelajar MDAB dan hanya 32 orang adalah pelajar yang memasuki UiTM dengan keputusan lepasan SPM. Perbandingan dibuat di antara kedua kumpulan ini dan hasil kajian mendapati bahawa bilangan pelajar yang tamat di dalam tempoh adalah 67.2% bagi pelajar MDAB dan 100% dari kumpulan lepasan SPM. Manakala bilangan yang menyambung pengajian adalah 32.8% bagi pelajar MDAB. Kursus yang paling mencabar bagi kedua-dua kumpulan ini ialah kursus ACC106 bagi pelajar lepasan SPM (49%) dan OBM345 bagi pelajar MDAB (33%). Terdapat 17.9% pelajar MDAB yang berjaya menamatkan pengajian dengan sijil dekan sementara pelajar lepasan SPM yang tamat dengan sijil dekan ialah seramai 31.25%. Bagi pelajar ANC pula, terdapat tiga (3) orang pelajar di dalam kalangan pelajar lepasan SPM yang mendapat ANC manakala hanya seorang sahaja dari kalangan pelajar MDAB yang berjaya memperolehi anugerah tersebut. Namum begitu pelajar MDAB yang tamat dengan HPNG 3.00 ke atas adalah seramai 53.8% dan 87.5% bagi pelajar lepasan SPM. Kesimpulannya, peluang yang diberikan oleh UiTM kepada pelajar pra atau MDAB perlu digunakan sebaik mungkin kerana peluang untuk berjaya mendapatkan diploma dan memperbaiki diri sendiri dan keluarga boleh direalisasikan dengan berkat kesungguhan dan usaha dari semua pihak sama ada pelajar, pensyarah mahupun institusi itu sendiri.