Elemen kekerabatan dalam Pilihan raya umum 2008 / Budi Anto Mohd Tamring, Zaini Othman and Sabihah Osman

Kemunculan ideologi demokrasi yang mengutamakan hak dan kebebasan individu telah berjaya mempengaruhi sistem politik dunia dan meruntuhkanlegasi sistem kekeluargaan iaitu sistem pemerintahan feudal yang berkuasa sejak zaman manusia mula hidup bertamadun. Asas perjuangan demokrasi yang berteraskan...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Tamring, Budi Anto, Othman, Zaini, Osman, Sabihah
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2008
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/2953/2/2953.pdf
Description
Summary:Kemunculan ideologi demokrasi yang mengutamakan hak dan kebebasan individu telah berjaya mempengaruhi sistem politik dunia dan meruntuhkanlegasi sistem kekeluargaan iaitu sistem pemerintahan feudal yang berkuasa sejak zaman manusia mula hidup bertamadun. Asas perjuangan demokrasi yang berteraskan kebebasan dan hak sama rata dalam masyarakat telah membawa kemajuan yang pesat khususnya dari segi pemikiran dan hubungan yang lebih luas merentasi hubungan kekeluargaan dan sel11pandan negara bangsa. Pada hari ini, walaupun sistem politik fuedal sudah lama dilupakan, tetapi legasi feudal mula l11uncul semilia dalam politik di Malaysia. Sistem politik feudal yang menonjolkan kepentingan hubungan kekerabatan telah lebih ketara pada pilihan raya umum Malaysia ke-12 tetapi dijelaskakan dalam konteks yang berlainan. Sistem feudal ketika dahulu menentukan penganti raja dari kalangan anak anak raja dan pembesar-pembesar yang dilantik juga dari kalangan kerabat bangsawan. Akan tetapi pada hari ini, walaupull raja tidak lagi berkuasa untuk memerintah negara, elemen kekerabatan diaplikasikan dalam konteks pemilihan pemimpin-pemimpin baru atau muda. Pemimpin-pemimpin generasi baru yang dicalonkan untuk bertanding dalam pilihan raya umum ke-J2 kali ini sama ada dari parti Barisan Nasional (BN), PAS, DAP, Parti Keadilan Rakyat dan Bebas didapati mempunyai hubungan kekerabatan dengan pemimpin-pemimpin atau bekas pemimpin-pemimpin parti-parti tersebut. Keadaan ini menunjukkan bahawa sistem politik del110krasi di Malaysia telah mengalami sedikit perubahall dengan kemunculan sistem politik demokrasi baru yang mungkin agak sesuai digambarkan dengan istilah baru sebagai demokrasi kekerabatan