Proses identifikasi jenis bakteria dengan menggunakan aplikasi BactFinder© (bacterial identification process using BactFinder© mobile application) / Nadiawati Alias … [et al.]

BactFinder© merupakan aplikasi interaktif dan mudah alih yang dibina untuk memudahkan identifikasi dan pengenalpastian jenis bakteria yang ingin dikaji. Seperti yang diketahui umum, bakteria terdiri daripada domain mikroorganisma prokariotik yang besar dan pelbagai jenis, justeru itu pengenalpastian...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Alias, Nadiawati, Mahmod, Nor Hasima, Badaluddin, Noor Afiza, Ridzuan, Mohammad Khairul Asyraf
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit UiTM (UiTM Press), Universiti Teknologi MARA 2019
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/29755/1/29755.pdf
Description
Summary:BactFinder© merupakan aplikasi interaktif dan mudah alih yang dibina untuk memudahkan identifikasi dan pengenalpastian jenis bakteria yang ingin dikaji. Seperti yang diketahui umum, bakteria terdiri daripada domain mikroorganisma prokariotik yang besar dan pelbagai jenis, justeru itu pengenalpastian kumpulan bakteria ini memerlukan satu proses identifikasi yang sistematik dan teratur. Melalui aplikasi mudah alih ini, maklumat hasil daripada uji kaji biokimia dan ujian morfologi yang diperoleh daripada uji kaji di makmal perlu dimasukkan ke dalam aplikasi ini sebelum pengenalpastian bakteria boleh dilakukan. Sebelum ini, kaedah untuk pengenalpastian jenis bakteria memerlukan ahli akademik serta para pelajar untuk merujuk kepada buku-buku rujukan, artikel-artikel serta jurnal saintifik yang berkaitan. Proses ini sudah tentu memakan masa yang agak panjang dan kurang efektif. Aplikasi mudah alih ini dilengkapkan dengan pangkalan data bagi 19 jenis ujian biokimia termasuk bakteria morfologi. Pangkalan data ini dibina merujuk kepada Bergey’s Manual of Systematic Bacteriology, Bergey’s Manual of Determinative Bacteriology dan juga jurnal-jurnal saintifik yang berkaitan. Aplikasi mudah alih BactFinder© ini terbukti dapat memberikan respon yang cepat (±2 saat) dan tepat dalam membantu para pelajar dan ahli akademik dalam proses pengenalpastian bakteria yang sedang dikaji di makmal. Aplikasi ini juga amat sesuai digunakan oleh pelajar prasiswazah, pascasiswazah dan ahli akademik dalam bidang mikrobiologi, bioteknologi dan sains secara umumnya.