Summary: | Bagi mengulas seniman dalam cabaran abad ke-21 ini, timbulnya persoalan
mengenai apakah peranan seni dalam memperkembangkan bentuk seni dan budaya
supaya sejajar dengan kematangan teknologi elektronik dalam masyarakat hari ini.
Seni Video adalah video yang di hasilkan oleh seniman-seniman Seni visual.
Ianya bermula semenjak pertengahan 1960an, khususnya 1965 apabila seniman
Fluxus, Nam Jun Paik membuat pitanya yang pertama daripada kamera mudah alih
portapak Sony dan kemudian memainkannya pada hari yang sama di Café ‘a Go
Go di Greenwich Village, New York. Video di gunakan sebagai bahantara, bukan
untuk penggayaan. seniman menggunakan teknologi video dalam pelbagai cara
menarik. Alat perakam video itu sendiri lahir dalam tahun 1926 di London. Ianya
di cipta oleh seorang saintis iaitu John Logie Baird. Tiga puluh tahun selepas itu,
barulah wujudnya televisyen (Mat Irvine, 1987). Elektronik moden telah berjaya
memperkenalkan perakam video dan kamera video.
|