Kontroversi program “I Want To Touch A Dog” dalam media kontemporari daripada perspektif Melayu

Isu menyentuh anjing dalam program I Want to Touch a Dog di Petaling Jaya akhir tahun 2014 menimbulkan kontroversi dalam kalangan masyarakat Melayu Islam Malaysia. Isu semasa yang disiarkan oleh media massa kontemporari itu amat mengganggu sensitiviti agama dan emosi kebanyakan orang Melayu daripada...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Muammar Ghaddafi Hanafiah, Mohd Yuszaidy Mohd Yusoff
Format: Article
Language:English
Published: Pusat Pengajian Media dan Komunikasi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia 2015
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/10012/1/V31_2_13.pdf
Description
Summary:Isu menyentuh anjing dalam program I Want to Touch a Dog di Petaling Jaya akhir tahun 2014 menimbulkan kontroversi dalam kalangan masyarakat Melayu Islam Malaysia. Isu semasa yang disiarkan oleh media massa kontemporari itu amat mengganggu sensitiviti agama dan emosi kebanyakan orang Melayu daripada segenap lapisan. Hal ini adalah disebabkan oleh pertentangan dengan nilai dan norma budaya Melayu. Oleh itu penelitian ini dijalankan untuk melihat survival pemikiran Melayu dalam mendepani penganjuran suatu perbuatan yang amat terlarang dalam konteks rasa, pemikiran, akhlak dan budaya Melayu. Melalui perkhidmatan media massa kontemporari data utama penelitian diambil. Kandungan berita-berita sensasi mengenai isu diteliti dan diinterpretasi menurut realiti Melayu Islam. Kajian menunjukkan peranan media massa dan ahli komuniti yang terdiri daripada pelbagai lapisan seperti pemimpin Melayu walaupun berbeza fahaman politik, ulama, tokoh masyarakat dan masyarakat umumnya bersatu hati dan tindakan untuk membendung isu ini daripada terus merebak.