Hubungan antara tret personaliti kehematan, keterbukaan pada pengalaman, ekstraversi dan kesetujuan dengan prestasi kerja dalam kalangan pemimpin pendidik bagi Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) di Malaysia

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan bagi trait personaliti dengan prestasi kerja dalam kalangan pemimpin pendidik di Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT). Dua set soal selidik telah digunakan dalam kajian ini iaitu soal selidik Five-Factor Model of Personality (NEO PI-R) bagi mengukur per...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Nurul Hudani Md. Nawi, Ma'rof Redzuan, Noor Hisham Md Nawi
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2016
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/10086/1/185-772-1-PB.pdf
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan bagi trait personaliti dengan prestasi kerja dalam kalangan pemimpin pendidik di Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT). Dua set soal selidik telah digunakan dalam kajian ini iaitu soal selidik Five-Factor Model of Personality (NEO PI-R) bagi mengukur personaliti dan soal nselidik prestasi kerja bagi mengukur prestasi kerja individu telah dijalankan ke atas 306 pemimpin pendidik (89%) di 15 buah SBT di Malaysia. Analisis korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan positif yang signifikan antara trait personaliti seperti kehematan (Conscientiousness (r=.740, p<.05), keterbukaan (Openness to experiences (r=.419, p<.05), ekstraversi (Extraversion (r=.596, p<.05), kesetujuan (Agreeableness (r=.386, p<.05) dengan prestasi kerja. Analisis kajian juga telah mempamerkan dengan meletakkan kepentingan dimensi kehematan (Conscientiousness) sebagai domain yang paling kuat berhubungan dengan prestasi kerja berbanding dimensi yang lain. Dari sudut praktikal, penggunaan pemboleh ubah psikologi dan pemilikan hubungan trait personaliti berupaya untuk memperkasakan lagi prestasi kerja sehingga memberi kebaikan kepada institusi pendidikan SBT kerana dapat meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan mereka.