Pengetahuan sebagai elemen tanggungjawab manusia menurut perspektif Islam

Dapatan terdahulu telah menunjukkan pengetahuan ialah satu daripada elemen tanggungjawab manusia. Kaitan antara pengetahuan dan tanggungjawab telah terbukti dengan penjelasan kerangka dalam pemikiran Islam dan undang-undang Islam. Objektif utama makalah ini adalah untuk memahami asas pengetahuan d...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Muhammad Atiullah Othman, Indriaty Ismail
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2016
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/10229/1/16913-47685-2-PB.pdf
Description
Summary:Dapatan terdahulu telah menunjukkan pengetahuan ialah satu daripada elemen tanggungjawab manusia. Kaitan antara pengetahuan dan tanggungjawab telah terbukti dengan penjelasan kerangka dalam pemikiran Islam dan undang-undang Islam. Objektif utama makalah ini adalah untuk memahami asas pengetahuan dalam agama Islam dan mengenal pasti justifikasi pengetahuan yang dapat mengesahkan tanggungjawab manusia. Kajian ini menggunakan penulisan klasik dan terkini dalam pelbagai disiplin terutamanya dalam pemikiran dan undang-undang Islam. Metode kajian yang digunakan ialah kaedah induktif untuk memahami pandang para cendekiawan Islam terhadap tanggungjawab pengetahuan, kaedah deduktif juga digunakan untuk mengumumkan pandangan-pandangan ini dan mengenal pasti prinsip Islam berkaitan tanggungjawab pengetahuan. Di samping itu juga, kajian ini memberi tumpuan pada kaedah perbandingan dengan membandingkan pelbagai pandangan agar dapat melihat persamaan dan perbezaan dalam kalangan cendekiawan Islam. Kajian ini menemukan asas pengetahuan dalam agama Islam yang bersandarkan ‘ilm daruri. Dengan ‘ilm daruri, pengetahuan manusia dapat dijustifikasi agar mengenalpasti tanggungjawab manusia. Kajian ini juga mendapati asas memahami baik dan buruk menunjukkan kaitan antara pengetahuan agama dan pengetahuan akal. Baik dan buruk ini merupakan asas penjelasan kepada justifikasi pengetahuan sebagai satu darimada elemen tanggungjawab dalam Islam.