Pengaruh aspek pengalaman ekopelancongan terhadap jangkauan kepuasan pelancong di Malaysia: kajian kes Melaka

Sehingga kini, tiada kajian secara komprehensif pernah dijalankan berkaitan dengan pengaruh pengalaman ekopelancongan terhadap jangkauan kepuasan pelancong di Negeri Melaka. Kajian ini bermatlamat untuk mengenal pasti pengaruh pengalaman (dari aspek produk, perkhidmatan dan perasaan) tentang ekope...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Hamidi Ismail, Md Sirat Abu
Format: Article
Language:English
Published: School of Social, Development and Environmental Studies, Faculty of Social Sciences and Humanities, Universiti Kebangsaan Malaysia 2016
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/10369/1/9x.geografia-jun16-hamidi-edam.pdf
Description
Summary:Sehingga kini, tiada kajian secara komprehensif pernah dijalankan berkaitan dengan pengaruh pengalaman ekopelancongan terhadap jangkauan kepuasan pelancong di Negeri Melaka. Kajian ini bermatlamat untuk mengenal pasti pengaruh pengalaman (dari aspek produk, perkhidmatan dan perasaan) tentang ekopelancongan terhadap jangkauan kepuasan pelancong di Melaka. Sebanyak 560 sampel terdiri daripada pelancong domestik dan asing diambil berdasarkan kaedah peratusan di 12 pusat ekopelancongan sekitar negeri Melaka bagi tujuan kaji selidik dan analisis data pula menggunakan teknik korelasi pearson. Kajian mendapati bahawa pengalaman dari aspek produk ekopelancongan mempengaruhi jangkauan kepuasan pelancong (r=0.691, p≤0.01), aspek perkhidmatan mempengaruhi jangkauan kepuasan pelancong (r=0.720, p≤0.01), perasaan mempengaruhi jangkauan kepuasan pelancong (r=0.723, p≤0.01) serta pengalaman secara keseluruhannya mempengaruhi jangkauan kepuasan pelancong (r=0.862, p≤0.01). Bentuk hubungan adalah positif iaitu semakin baik aspek-aspek dalam pengalaman, maka semakin baik jangkauan kepuasan pelancong, malah kesemua ujian menerima H1. Secara keseluruhannya, pengalaman ekopelancongan mempengaruhi jangkauan kepuasan pelancongan dengan kekuatan kira-kira 86 peratus. Walau bagaimanapun, secara keseluruhannya kajian mendapati masih perlu penambahbaikan terhadap Pelan Ekopelancongan Kebangsaan dalam konteks penilaian dan kaedah peningkatan pengalaman ekopelancongan.