Pengoptimuman proses penyemperitan gentian karbon terkisar dan polipropilena bagi komposit polimer pengalir
Proses penyemperitan merupakan salah satu proses pra-pencampuran yang dapat membantu meningkatkan tahap serakan bahan pengalir dalam komposit polimer pengalir (CPC). Tahap keberaliran elektrik dilihat tidak begitu memuaskan walaupun telah melalui proses serakan melalui pengacuan mekanik. Kajian ini...
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2016
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/10443/1/16%20Nabilah%20Afiqah.pdf |
Summary: | Proses penyemperitan merupakan salah satu proses pra-pencampuran yang dapat membantu meningkatkan tahap serakan bahan pengalir dalam komposit polimer pengalir (CPC). Tahap keberaliran elektrik dilihat tidak begitu memuaskan walaupun telah melalui proses serakan melalui pengacuan mekanik. Kajian ini dijalankan bagi mengoptimumkan proses penyemperitan bahan gentian karbon terkisar (MCF) dan polipropilena (PP) iaitu suhu penyemperitan dan halaju putaran melalui kaedah reka bentuk eksperimen (Taguchi). Susunan orthogonal Taguchi L9 digunakan bagi menentukan aras yang paling optimum serta menjalankan analisis varian bagi memperoleh nilai keberaliran elektrik yang paling baik. Pengoptimuman parameter pada suhu penyemperitan 210ºC hingga 250ºC dan halaju putaran 50 hingga 90 rpm menggunakan komposisi bahan sebanyak 80 % bt. MCF dan 20 % bt. PP dengan tahap keberaliran elektrik meningkat pada tahap maksimum 3.67 S/cm. Pengoptimuman parameter ini menunjukkan bahawa reka bentuk eksperimen yang terhasil mampu menghasilkan nilai keberaliran elektrik yang tinggi serta mempunyai sifat mekanik yang baik. |
---|