Kecenderungan otak dan hubungannya dengan pencapaian dan motivasi pelajar

Kajian tinjauan ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji kecenderungan otak dalam kalangan pelajar lelaki dan perempuan sekolah-sekolah luar bandar dan hubungannya dengan pencapaian dan motivasi belajar dalam Fizik. Sampel kajian terdiri daripada pelajar tingkatan 5 dari sebuah daerah luar bandar d...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Salmiza Saleh, Anis Diyana Halim
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2016
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/10459/1/14042-38539-1-SM.pdf
Description
Summary:Kajian tinjauan ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji kecenderungan otak dalam kalangan pelajar lelaki dan perempuan sekolah-sekolah luar bandar dan hubungannya dengan pencapaian dan motivasi belajar dalam Fizik. Sampel kajian terdiri daripada pelajar tingkatan 5 dari sebuah daerah luar bandar di negeri Perak. Soal selidik Dominasi Hemisfera Otak, Ujian Pencapaian Tahun Akhir Tingkatan empat dan Motivated Strategies Learning Questionnaire (MSLQ) telah digunakan untuk mengumpul data yang dikehendaki. Hasil kajian mendapati bahawa (1) tidak terdapat perbezaan kecenderungan otak kanan antara pelajar lelaki dan perempuan, (2) tidak terdapat perbezaan kecenderungan otak kiri antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan, (3) tidak terdapat hubungan antara kecenderungan otak kiri atau otak kanan dengan pencapaian Fizik dan (4) tidak terdapat hubungan antara kecenderungan otak kiri atau otak kanan dengan motivasi belajar Fizik.