Tingkah laku pengundi dan faktor kejayaan Barisan Nasional: kajian kes FELDA Kuala Krau

Pilihan raya merupakan salah satu komponen penting bagi negara yang mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi. Ia merupakan saluran utama rakyat melibatkan diri dalam proses politik negara. Pilihan raya memberi peluang kepada rakyat untuk memilih pemimpin yang akan memperjuangkan kepentingan dan a...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Azman Mahadi, Mohd Fuad Mat Jali, Junaidi Awang Besar
Format: Article
Language:English
Published: School of Social, Development and Environmental Studies, Faculty of Social Sciences and Humanities, Universiti Kebangsaan Malaysia 2016
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/10582/1/12x.geografia-jul16-azman%26jab-edam%20%281%29.pdf
Description
Summary:Pilihan raya merupakan salah satu komponen penting bagi negara yang mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi. Ia merupakan saluran utama rakyat melibatkan diri dalam proses politik negara. Pilihan raya memberi peluang kepada rakyat untuk memilih pemimpin yang akan memperjuangkan kepentingan dan aspirasi mereka. Pilihan raya juga membolehkan rakyat menentukan corak pemerintahan yang diingini, kerana setiap calon atau parti yang bertanding mempunyai ideologi dan prinsip pemerintahan yang tersendiri.Tingkah laku pengundi di sesuatu kawasan banyak dipengaruhi dengan pelbagai faktor. Faktor ini juga bergantung dengan kawalan sosial yang dilakukan oleh sesebuah parti. Tujuan pertama makalah ini adalah untuk menghuraikan pengaruh identifikasi parti dalam tingkah laku pengundi dan kedua, mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi kelakuan pengundian pengundi. Kajian dilakukan terhadap penduduk di Parlimen Kuala Krau yang meliputi 15 FELDA. Seramai 400 orang telah menjadi responden. Responden dipilih secara rawak menggunakan bebola salji. Hasil kajian mendapati sokongan kuat penduduk FELDA memberi kemenangan berterusan kepada Barisan Nasional. Kemenangan berterusan parti politik disebabkan bakti serta janji yang ditunaikan dalam pembangunan sesebuah kawasan sama ada pembangunan politik, ekonomi dan sosial. Pengundi kawasan FELDA lebih mementingkan pembangunan kawasan untuk kesejahteraan hidup dan bukannya isu-isu yang sensasi.