Kepentingan budaya integriti dan etika kerja dalam organisasi di Malaysia: suatu tinjauan umum

Kakitangan, staf atau penjawat awam yang berkualiti tinggi merupakan aset penting terhadap kejayaan sesebuah organisasi dan negara. Sifat amanah, telus, bertanggungjawab dan berkhidmat demi kepentingan awam merupakan intipati kepada istilah integriti dan etika. Dengan kata lain integriti dan etika...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Megat Ayop Megat Arifin, Abd. Halim Ahmad
Format: Article
Language:English
Published: School of Social, Development and Environmental Studies, Faculty of Social Sciences and Humanities, Universiti Kebangsaan Malaysia 2016
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/10583/1/13x.geografia-jul16-Megat-edam%20%281%29.pdf
Description
Summary:Kakitangan, staf atau penjawat awam yang berkualiti tinggi merupakan aset penting terhadap kejayaan sesebuah organisasi dan negara. Sifat amanah, telus, bertanggungjawab dan berkhidmat demi kepentingan awam merupakan intipati kepada istilah integriti dan etika. Dengan kata lain integriti dan etika dalam pekerjaan dan organisasi bukan sekadar penglibatan diri individu untuk menyediakan keperluan dirinya sahaja sebaliknya melibatkan tindakan baik yang dilakukan dalam kerja dan semua ini mempunyai kaitan erat dengan ajaran agama dan tanggungjawab sebagai manusia. Hakisan nilai integriti dalam kalangan penjawat awam akan mengakibatkan kepincangan pentadbiran dan salah laku dalam organisasi. Justeru, pengamalan dan pemahaman terhadap integriti dan etika amat perlu dilaksanakan. Kerajaan telahpun memberi perhatian serius terhadap masalah integriti dan etika dalam kalangan kakitangan awam dengan melancarkan Pelan Integrasi Nasional untuk membangunkan negara secara seimbang. Menyedari kepentingan integriti sebagai teras pembangunan kakitangan berkualiti, kajian ini membincangkan definisi, kerangka konseptual integriti dan etika kerja dalam memantapkan penggunaannya terhadap individu dan organisasi. Data primer diperolehi dari kajian di lapangan menerusi temubual berstruktur dan edaran borang soal selidik kepada 760 anggota serta pegawai PDRM yang sedang berkhidmat di Negeri Perak. Dapatan kajian menunjukkan majoriti responden memperakui bahawa integriti dan etika kerja amat penting diamalkan oleh semua pekerja dan penjawat awam dalam sesebuah organisasi demi meningkatkan mutu perkhidmatan yang unggul dan berkesan.