Summary: | Kemudahan infrastruktur sosial melibatkan penyediaan kemudahan, perkhidmatan dan rangkaian perhubungan yang
penting bagi memenuhi keperluan asas manusia. Kemudahan infrastuktur yang sempurna yang disediakan untuk
masyarakat menjadi lambang kemodenan, pembangunan dan perubahan. Penyediaan infrastruktur sosial di Malaysia
adalah membanggakan semenjak negara mencapai kemerdekaan. Walaubagaimanapun, masih terdapat sesetengah
masyarakat yang masih belum menerima kemudahan infrastruktur sosial yang sewajarnya. Kajian ini menilai
keperluan infrastrukutur sosial yang disediakan kepada masyarakat Orang Asli di Malaysia. Data primer diperolehi
daripada kajian di sembilan daripada 18 buah perkampungan Orang Asli di RPS Air Banun, Perak . Dapatan kajian
menunjukkan bahawa kesan pembangunan kemudahan sosial yang terdapat di kawasan penempatan komuniti Orang
Asli di RPS Air Banun masih tidak mencukupi. Kerjasama dan perhatian daripada pihak berkepentingan amat
diperlukan untuk memastikan mereka berupaya menerima kemudahan sosial asas sama seperti masyarakat Malaysia
yang lain, terutama dalam konteks pembangunan terancang seperti terrungkap di dalam Pelan Induk Bersepadu
bagi kawasan Hutan Tropikal Belum Temengor (IMP BTTR).
|