Autobiografi dalam Adat Perpatih dan undang-undang: perspektif Rindu Seorang Rafik

Bentuk penulisan autobiografi dalam sesebuah karya kreatif, antara lain dapat merapatkan jurang bacaan untuk lebih meraikan kesusasteraan dalam kalangan khalayak umum. Makalah ini menumpukan nukilan Nisah Haron yang menggembleng bentuk penulisan autobiografi dalam kumpulan cerpennya, Rindu Seorang...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Mawar Safei
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2016
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/11072/1/15372-43792-1-PB.pdf
_version_ 1796931380347666432
author Mawar Safei,
author_facet Mawar Safei,
author_sort Mawar Safei,
collection UKM
description Bentuk penulisan autobiografi dalam sesebuah karya kreatif, antara lain dapat merapatkan jurang bacaan untuk lebih meraikan kesusasteraan dalam kalangan khalayak umum. Makalah ini menumpukan nukilan Nisah Haron yang menggembleng bentuk penulisan autobiografi dalam kumpulan cerpennya, Rindu Seorang Rafik (Al-Ameen Serve, 2011). Dua kecenderungan yang dimajukan dalam kumpulan ini adalah pertelingkahan yang berlaku dalam Adat Perpatih dan perbahasan berkaitan bidang undang-undang. Kedua-duanya disalin pengarang dari latar belakang keluarganya di Negeri Sembilan dan bidang pendidikan serta kerjaya yang pernah diikuti Nisah Haron. Beliau merupakan graduan undang-undang Universiti Kebangsaan Malaysia sebelum bertugas di sebuah firma guaman dan kemudiannya mempunyai pejabat sendiri di kediamannya. Penemuan penelitian ini antaranya memperlihatkan bahawa sebagai pengarang kreatif, Nisah Haron masih banyak mempertimbangkan unsur imaginasi, kreativiti dan inovasi dalam gubahan cerpennya. Menerusi kumpulan ini didapati bahawa Nisah Haron menjadikannya sebagai satu lensa untuk melihat perihal pemahaman dan pelaksanaan Adat Perpatih dan undang-undang dalam masyarakat. Ia turut menampakkan kesan penyalinan “pernyataan kendiri” dalam kerangka autobiografi antaranya bagi menjelaskan isu adat atau undang-undang, pelestarian warisan serta makna sanak dan persaudaraan dalam Islam. Pernyataan kendiri itu rata-rata dijejaki menerusi metaforisnya binaan naratif atau lewat watak-watak atau subjek yang dibentangkan. Ia juga sebahagiannya terkesan dalam beberapa catatan proses kreatif yang dilampir atau bacaan tentang latar belakang pengarang. Kebanyakan watak perempuan yang diperagakan mewakili tuntutan dan falsafah matrilineal yang terhimpun dalam Adat Perpatih di samping ia sebagai satu langgam ketara kepengarangan Nisah Haron. Beliau memberikan ruang yang lumayan kepada watak-watak perempuannya bertindak dan membuat keputusan untuk kemaslahatan bersama.
first_indexed 2024-03-06T04:17:11Z
format Article
id ukm.eprints-11072
institution Universiti Kebangsaan Malaysia
language English
last_indexed 2024-03-06T04:17:11Z
publishDate 2016
publisher Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
record_format dspace
spelling ukm.eprints-110722017-12-12T06:03:53Z http://journalarticle.ukm.my/11072/ Autobiografi dalam Adat Perpatih dan undang-undang: perspektif Rindu Seorang Rafik Mawar Safei, Bentuk penulisan autobiografi dalam sesebuah karya kreatif, antara lain dapat merapatkan jurang bacaan untuk lebih meraikan kesusasteraan dalam kalangan khalayak umum. Makalah ini menumpukan nukilan Nisah Haron yang menggembleng bentuk penulisan autobiografi dalam kumpulan cerpennya, Rindu Seorang Rafik (Al-Ameen Serve, 2011). Dua kecenderungan yang dimajukan dalam kumpulan ini adalah pertelingkahan yang berlaku dalam Adat Perpatih dan perbahasan berkaitan bidang undang-undang. Kedua-duanya disalin pengarang dari latar belakang keluarganya di Negeri Sembilan dan bidang pendidikan serta kerjaya yang pernah diikuti Nisah Haron. Beliau merupakan graduan undang-undang Universiti Kebangsaan Malaysia sebelum bertugas di sebuah firma guaman dan kemudiannya mempunyai pejabat sendiri di kediamannya. Penemuan penelitian ini antaranya memperlihatkan bahawa sebagai pengarang kreatif, Nisah Haron masih banyak mempertimbangkan unsur imaginasi, kreativiti dan inovasi dalam gubahan cerpennya. Menerusi kumpulan ini didapati bahawa Nisah Haron menjadikannya sebagai satu lensa untuk melihat perihal pemahaman dan pelaksanaan Adat Perpatih dan undang-undang dalam masyarakat. Ia turut menampakkan kesan penyalinan “pernyataan kendiri” dalam kerangka autobiografi antaranya bagi menjelaskan isu adat atau undang-undang, pelestarian warisan serta makna sanak dan persaudaraan dalam Islam. Pernyataan kendiri itu rata-rata dijejaki menerusi metaforisnya binaan naratif atau lewat watak-watak atau subjek yang dibentangkan. Ia juga sebahagiannya terkesan dalam beberapa catatan proses kreatif yang dilampir atau bacaan tentang latar belakang pengarang. Kebanyakan watak perempuan yang diperagakan mewakili tuntutan dan falsafah matrilineal yang terhimpun dalam Adat Perpatih di samping ia sebagai satu langgam ketara kepengarangan Nisah Haron. Beliau memberikan ruang yang lumayan kepada watak-watak perempuannya bertindak dan membuat keputusan untuk kemaslahatan bersama. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2016 Article PeerReviewed application/pdf en http://journalarticle.ukm.my/11072/1/15372-43792-1-PB.pdf Mawar Safei, (2016) Autobiografi dalam Adat Perpatih dan undang-undang: perspektif Rindu Seorang Rafik. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 12 (11). pp. 1-15. ISSN 2180-2491 http://ejournal.ukm.my/gmjss/issue/view/859
spellingShingle Mawar Safei,
Autobiografi dalam Adat Perpatih dan undang-undang: perspektif Rindu Seorang Rafik
title Autobiografi dalam Adat Perpatih dan undang-undang: perspektif Rindu Seorang Rafik
title_full Autobiografi dalam Adat Perpatih dan undang-undang: perspektif Rindu Seorang Rafik
title_fullStr Autobiografi dalam Adat Perpatih dan undang-undang: perspektif Rindu Seorang Rafik
title_full_unstemmed Autobiografi dalam Adat Perpatih dan undang-undang: perspektif Rindu Seorang Rafik
title_short Autobiografi dalam Adat Perpatih dan undang-undang: perspektif Rindu Seorang Rafik
title_sort autobiografi dalam adat perpatih dan undang undang perspektif rindu seorang rafik
url http://journalarticle.ukm.my/11072/1/15372-43792-1-PB.pdf
work_keys_str_mv AT mawarsafei autobiografidalamadatperpatihdanundangundangperspektifrinduseorangrafik