“Wanita tiga serangkai” dalam Syair Sultan Abdul Muluk melalui kritik feminis showalter

Makalah ini membincangkan “wanita tiga serangkai” iaitu Siti Rahmah, Siti Rafeah dan Siti Rahah yang dirakamkan dalam Syair Sultan Abdul Muluk. Wanita secara fitrahnya sebagai anak, isteri dan ibu yang menjalankan urusan dalam rumah tangga dan menjadi tulang belakang kepada suaminya. Pada abad ke-19...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Nor Suhada Roslan, Shaiful Bahri Md Radzi
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2017
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/11429/1/21451-61601-4-PB.pdf
Description
Summary:Makalah ini membincangkan “wanita tiga serangkai” iaitu Siti Rahmah, Siti Rafeah dan Siti Rahah yang dirakamkan dalam Syair Sultan Abdul Muluk. Wanita secara fitrahnya sebagai anak, isteri dan ibu yang menjalankan urusan dalam rumah tangga dan menjadi tulang belakang kepada suaminya. Pada abad ke-19, Raja Ali Haji telah membicarakan berkaitan dengan wanita menerusi Syair Sultan Abdul Muluk. Wanita tiga serangkai dirakamkan oleh Raja Ali Haji dengan identiti dan perilaku yang berbeza antara satu sama lain. Pengarang melakarkan kehidupan wanita tiga serangkai yang bermadu hidup dalam keadaan aman damai tanpa adanya sifat cemburu dan dendam antara mereka. Oleh yang demikian, makalah ini cuba memperlihatkan bagaimana lakaran watak wanita oleh pengarang lelaki dalam karyanya. Kajian ini difokuskan kepada Syair Sultan Abdul Muluk karya Raja Ali Haji. Metodologi kajian adalah menggunakan kaedah kepustakaan dan analisis teks. Teori kritik feminis Showalter digunakan sebagai sandaran untuk meneliti “wanita tiga serangkai” dalam Syair Sultan Abdul Muluk. Hasil kajian telah menemukan bahawa wanita tiga serangkai yang diungkapkan oleh pengarang lelaki berlebih-lebihan dan janggal menurut kaca mata wanita. Wanita diberikan identiti dan perlakuan sesama mereka sangat ketara perbezaannya dalam memenuhi kehendak pengarang. Kasih sayang “wanita tiga serangkai” pada mata pena pengarang lelaki juga amat janggal pada kaca mata wanita.