The antibacterial properties of Euphorbia tirucalli stem extracts against dental caries-related bacteria

Euphorbia tirucalli dilaporkan mempunyai aktiviti antibakteria terhadap pelbagai mikroorganisma. Kajian in vitro ini bertujuan untuk menilai ciri-ciri antibakteria ekstrak (metanol, etanol dan ekstrak akueus) batang Euphorbia tirucalli terhadap bakteria yang berkaitan dengan karies gigi, iaitu Strep...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Yi, QS, Wan Zarina ZA, Nurulhidayah CN, Mohamad Ezany Y, Azlina A, Suharni Mohamad
Format: Article
Language:English
Published: Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia 2017
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/11863/1/5_yi_et_al_pdf_64521.pdf
Description
Summary:Euphorbia tirucalli dilaporkan mempunyai aktiviti antibakteria terhadap pelbagai mikroorganisma. Kajian in vitro ini bertujuan untuk menilai ciri-ciri antibakteria ekstrak (metanol, etanol dan ekstrak akueus) batang Euphorbia tirucalli terhadap bakteria yang berkaitan dengan karies gigi, iaitu Streptococcus mutans (S. mutans) dan Streptococcus sobrinus (S. sobrinus). Sifat-sifat antibakteria telah ditentukan menggunakan ujian resapan agar berlubang pada kepekatan ekstrak yang berbeza (10, 20 dan 30 mg/ml). Komersial amoxicillin (10 μg) telah digunakan sebagai kawalan positif manakala pelarut yang sesuai telah digunakan sebagai kawalan negatif. Ekstrak metanol dan ethanol daripada batang Euphorbia tirucalli didapati berkesan terhadap S. mutans dan S. sobrinus. Walau bagaimanapun, ekstrak akueus batang Euphorbia tirucalli tidak menunjukkan aktiviti terhadap kedua-dua strain bakteria. Perbezaan dalam ciri-ciri antibakteria dalam perbezaan ekstrak Euphorbia tirucalli mungkin disebabkan oleh perbezaan dalam juzuk fitokimia.