Kajian dok molekul mengenai interaksi antara RNA-bergantung RNA polimerase virus denggi dan analog nukleosida

Enzim RNA-bergantung RNA polimerase adalah sasaran dadah yang menarik untuk mengubati jangkitan denggi. Analog nukleosida menyerupai substrat asal enzim polimerase. Ia bertindak sebagai perencat atau substrat kepada enzim ini lalu menyebabkan penamatan pramatang bebenang DNA/RNA atau penghasilan DNA...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Nor Nadirah Abdullah, Kamal Rullah, Lam, Kok Wai, Malina Jasamai
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2018
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/12033/1/11%20Nor%20Nadirah%20Abdullah.pdf
Description
Summary:Enzim RNA-bergantung RNA polimerase adalah sasaran dadah yang menarik untuk mengubati jangkitan denggi. Analog nukleosida menyerupai substrat asal enzim polimerase. Ia bertindak sebagai perencat atau substrat kepada enzim ini lalu menyebabkan penamatan pramatang bebenang DNA/RNA atau penghasilan DNA/RNA yang rosak. Ini akan menghentikan proses replikasi virus. Kajian dok molekul untuk mengenal pasti interaksi molekular antara enzim dan ligannya telah dilakukan berdasarkan maklumat yang diperoleh berkenaan struktur kristal domain RdRp. Tapak pengikat-ligan domain RdRp yang terdiri daripada sisa asid amino Asn492, Asn405, Lys401, Thr605 dan Gly601 telah dikenal pasti setelah pengedokan analog nukleosida yang boleh didapati secara komersial dijalankan. Pengedokan analog nukleosida yang menyerupai substrat asal RdRp ke dalam tapak pengikat menunjukkan mod pengikat-ligan dengan ikatan hidrogen, aromatik-π dan interaksi cas adalah interaksi utama yang terlibat. Kajian ini juga memberi maklumat berkenaan farmakofor analog nukleosida yang boleh digunakan dalam reka-bentuk dadah berasaskan struktur terhadap sasaran penting ini.