Kecekapan pengumpul PV/T menggunakan pengumpul terma reka bentuk pilin

Kajian ini bertujuan untuk mereka bentuk dan mengkaji prestasi pengumpul fotovoltan-terma (PV/T) dengan menggunakan reka bentuk pengumpul terma aliran air secara pilin. Reka bentuk pengumpul terma aliran air secara pilin telah dibina semula daripada reka bentuk penyelidik sebelum ini. Pengumpul te...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Cheku Nurul Aisyah, Ahmad Fudholi, Mohd Yusof Othman, Adnan Ibrahim, Mohd Hafidz Ruslan, Kamaruzzaman Sopian
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2018
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/12073/1/UKM%20SAINSMalaysiana%2047%2804%29Apr%202018%2025.pdf
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mereka bentuk dan mengkaji prestasi pengumpul fotovoltan-terma (PV/T) dengan menggunakan reka bentuk pengumpul terma aliran air secara pilin. Reka bentuk pengumpul terma aliran air secara pilin telah dibina semula daripada reka bentuk penyelidik sebelum ini. Pengumpul terma ini menggunakan saiz tiub yang lebih besar dan jarak antara tiub lebih dekat berbanding dengan reka bentuk penyelidik sebelum ini. Pengumpul PV/T ini telah diuji di bawah tiga keamatan yang berbeza iaitu 300, 500 dan 700 W/m2 serta diuji pada kadar aliran jisim air yang berbeza iaitu 0.01, 0.02 dan 0.04 kg/s. Pada keadaan yang sama, kecekapan fotovoltan, terma dan tergabung juga menunjukkan nilai yang paling tinggi, iaitu 4.18%, 76.68% dan 80.86%. Kecekapan terma yang dihasilkan pada kajian ini lebih tinggi dibandingkan dengan kajian sebelumnya.