Projek perintis album memori digital untuk warga tua demensia ringan dan sederhana di Malaysia – satu kajian kebolehlaksanaan

Peningkatan trend menggunakan informasi dan komunikasi teknologi dalam penyampaian proses kenangan pada orang yang mengidap demensia semakin ketara. Kajian ini bertujuan untuk meninjau kesesuaian penggunaan Album Memori Digital (DMA) dalam proses kenangan dan seterusnya mengkaji manfaat psikososial...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Kwai, Ching Kan, Ponnusamy Subramaniam, Shazli Ezzat Ghazali, Rosdinom Razali
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2018
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/12977/1/24052-77051-1-PB.pdf
Description
Summary:Peningkatan trend menggunakan informasi dan komunikasi teknologi dalam penyampaian proses kenangan pada orang yang mengidap demensia semakin ketara. Kajian ini bertujuan untuk meninjau kesesuaian penggunaan Album Memori Digital (DMA) dalam proses kenangan dan seterusnya mengkaji manfaat psikososial penggunaan DMA ini pada warga tua demensia yang tinggal di komuniti. Kaedah: Kajian ini menglibatkan lima peserta berdemensia ringan dan sederhana dan penjaga utama mereka. Setiap peserta berpeluang untuk mengenang kisah hidup mereka dengan seorang terapis selama 8 minggu berturut-turut dengan menggunakan Life Review Experience Form (LREF). Justerus itu, kisah hidup individu berdigital setiap peserta digubalkan. Proses ini juga direkodkan secara audio. Kisah hidup berdigital ini disampaikan dengan format multimedia dan disiarkan dengan menggunakan DMA. DMA ini diberikan kepada peserta sebagai hadiah. Data kualitatif dikumpulkan sejurus selepas penggubalan DMA dan 6 minggu kemudian. Keputusan: Analisis rekod audio dan data interview menunjukkan DMA memberikan kesan-kesan positif psikososial pada peserta termasuk keseronokan, keselesaan, merangsang memori jangka panjang dan meningkatkan komunikasi dan interaksi sosial di antara ahli-ahli keluarga dan rakan-rakan mereka. Penjaga-penjaga utama turut menyatakan DMA membantu mereka memahami dan mengimbas kembali masa lepas orang kesayangan mereka. DMA turut mengalihkan fokus penjaga pada keupayaan peserta daripada kelemahan mereka. Kesimpulan: Kajian ini menunjukkan kesesuaian penggunaan DMA dalam meningkatkan kesan positif psikososial pada individu yang demensia di Malaysia