Analisis pemakaian prinsip keadilan dalam timbang tara

Kekurangan atau ketiadaan duluan dalam proses timbangtaraan menyebabkan kesukaran apabila membuat sesuatu keputusan atau award. Tanpa duluan atau rujukan kepada award duluan sesebuah tribunal ditinggalkan tanpa apa-apa rujukan dan panduan dalam membuat sesuatu award baru. Hipotesis di sini adalah ba...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Mathew, Abraham
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2018
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/13008/1/29233-89705-1-PB.pdf
Description
Summary:Kekurangan atau ketiadaan duluan dalam proses timbangtaraan menyebabkan kesukaran apabila membuat sesuatu keputusan atau award. Tanpa duluan atau rujukan kepada award duluan sesebuah tribunal ditinggalkan tanpa apa-apa rujukan dan panduan dalam membuat sesuatu award baru. Hipotesis di sini adalah bahawa rujukan kepada jurisprudens yang tepat dan betul sebagai falsafah perundangan dapat membentuk garis panduan yang amat diperlukan ini. Dengan cara ini kebanyakan tribunal dapat sedikit sebanyak mengetahui bagaimana kaedah perantaraan yang sah dan keperluan yang diperlukan oleh undang-undang dalam memberikan satu award timbang taraan yang tidak boleh dipertikaikan. Aplikasi jurisprudens adalah penting dalam proses timbang taraan bagi memastikan wujud kawalan dan amalan baik oleh penimbang tara. Isu-isu ini perlu ditangani sebelum proses timbang tara boleh dianggap sebagai suatu proses yang mantap dan lebih baik dari proses mahkamah. Kesimpulannya, sekiranya timbang tara dikaji dari segi jurisprudens yang jelas dan betul maka aspek-aspek lain seperti falsafah, sosiologi, psikologi dan sosioekonomi bagi pelaksanaan satu timbang tara yang adil juga dapat dihalusi. Maka jika timbang tara boleh dinilai dan dikaji dari aspek-aspek ini, maka secara kebanyakan, andai tidak kesemuanya, persoalan berhubung kesukaran membuat keputusan adil dan tepat dalam timbang tara boleh dijawab sebaik-baiknya.