Potensi anti-hiperglisemia Lunasia amara dan kesannya terhadap parameter kesuburan tikus jantan teraruh-diabetes

Lunasia amara telah digunakan dalam perubatan tradisi untuk merawat diabetes mellitus. L. amara dilaporkan mampu meningkatkan kesuburan tikus jantan normal pada dos 60 mg/kg berat tubuh. Kajian ini dijalankan untuk menentukan potensi ekstrak akuas batang L. amara sebagai agen anti-hiperglisemia dan...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Nor-Raidah Rahmat, Amira Kamalrudin, Shazrul Fazry, Mahanem Mat Noor
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2019
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/13058/1/12%20Nor-Raidah%20Rahmat.pdf
Description
Summary:Lunasia amara telah digunakan dalam perubatan tradisi untuk merawat diabetes mellitus. L. amara dilaporkan mampu meningkatkan kesuburan tikus jantan normal pada dos 60 mg/kg berat tubuh. Kajian ini dijalankan untuk menentukan potensi ekstrak akuas batang L. amara sebagai agen anti-hiperglisemia dan keupayaannya mempertingkatkan parameter kesuburan tikus jantan teraruh-diabetes. Tikus teraruh-diabetes dibahagikan kepada enam kumpulan (n=5), masing-masing menerima perlakuan secara suap paksa ekstrak akuas L. amara (dos 60, 120, 250 dan 500 mg/kg berat tubuh), 500 mg/kg berat tubuh metformin dan air suling setiap hari selama tujuh hari. Manakala, kumpulan ke-tujuh merupakan kawalan normal (n=5) tanpa aruhan diabetes yang menerima perlakuan air suling (1 mL/tikus). Berdasarkan hasil kajian, dos anti-hiperglisemia yang berkesan iaitu 250 dan 500 mg/kg berat tubuh L. amara dipilih untuk melihat pengaruhnya ke atas kualiti sperma dan histologi testis tikus teraruh-diabetes. Hanya tikus teraruh-diabetes dengan perlakuan 500 mg/kg berat tubuh ekstrak L. amara digunakan untuk melihat taburan pengambilan 2-(N-(7-nitrobenz-2-oksa-1,3-diazol-4-il)amino)-2-deoksiglukosa (2-NBDG) di dalam testis. Selepas 30 hari perlakuan, tikus teraruh-diabetes dengan perlakuan 250 dan 500 mg/kg berat tubuh L. amara didapati merencat kesemua parameter kesuburan jantan yang dikaji walaupun berkesan dalam menurunkan aras glukosa darah. Perlakuan dengan dos 500 mg/kg berat tubuh L. amara juga tidak berupaya menggalakkan pengambilan 2-NBDG ke dalam sel testis tikus teraruh-diabetes berbanding kumpulan kawalan. Ini menunjukkan mekanisme anti-hiperglisemia L. amara tidak melibatkan pembaikan fungsi insulin daripada segi pengambilan 2-NBDG ke dalam testis serta tidak mampu menyumbang kepada pembaikan parameter kesuburan tikus jantan teraruh-diabetes.