Ngalai: ritual penyembuhan dalam kalangan Orang Bajau di Kota Belud, Sabah

Makalah ini merupakan kajian berkait dengan ritual ngalai yang bertapak di daerah Kota Belud, Sabah. Objektif utama perbincangan ini adalah untuk mendokumentasikan sepenuhnya warisan persembahan rakyat di samping berupakan sumbangan terhadap perubatan tradisional yang masih wujud dan diamalkan dalam...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Saidatul Nornis Hj. Mahali
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2018
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/13228/1/22500-88675-1-PB.pdf
Description
Summary:Makalah ini merupakan kajian berkait dengan ritual ngalai yang bertapak di daerah Kota Belud, Sabah. Objektif utama perbincangan ini adalah untuk mendokumentasikan sepenuhnya warisan persembahan rakyat di samping berupakan sumbangan terhadap perubatan tradisional yang masih wujud dan diamalkan dalam kalangan generasi tua masyarakat Bajau di pantai barat Sabah. Makalah ini ditulis berasaskan kerja lapangan yang dilaksanakan di kampung Sembirai, Kota Belud, Sabah selama sebulan, yakni sebulan sepanjang ritual ngalai diadakan ke atas seorang pesakit di kampung berkenaan. Temu bual dilakukan terhadap bomoh yang mengetuai upacara ngalai, yakni berkait dengan kaedah ritual dijalankan pantang larang semasa ritual serta bahan-bahan yang digunakan sepanjang upacara tersebut berlangsung. Justeru, makalah ini meneroka ngalai sebagai suatu ritual untuk penyembuhan yang berkait dengan tingkah laku dan budaya. Ritual penyembuhan ini dilaksanakan kerana dipercayai terdapat pertembungan antara alam manusia dan alam ghaib yang kemudiannya menimbulkan ‘kemarahan’ dalam kalangan makhluk ghaib. Kesannya manusia terkena penyakit yang tidak dapat disembuhkan dengan perubatan moden. Situasi sedemikian menyebabkan ngalai dilakukan sebagai suatu alternatif kepada perubatan moden. Ritual ngalai dilihat berfungsi sebagai ikhtiar rawatan tradisional terhadap penyakit jasmani dan juga rohani yang dihidapi oleh tubuh badan manusia. Ritual ini secara khusus memperlihatkan penggunaan dan pengamalan perubatan tradisi yang masyarakat Bajau miliki merupakan sebahagian daripada budaya perubatan tradisi yang turut dilakukan dalam kalangan masyarakat lain di Malaysia, misalnya ritual penyembuhan main puteri/teri di Kelantan.