Semakan Dasar Wanita Kelantan: penambahbaikan pelaksanaan ke arah mencapai matlamat pembangunan mampan

Hal ehwal kebajikan, wanita dan kanak-kanak merupakan salah satu daripada perkara yang terletak di bawah Senarai Bersama Perlembagaan Persekutuan. Ini bermakna, walaupun di peringkat persekutuan, Malaysia mempunyai Dasar Wanita Negara, negeri juga boleh memainkan peranan dalam perkara tersebut. Kera...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Nurhafilah Musa, Asmak Husin, Nurul Akma Sheikh Mohd Amin
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2018
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/13231/1/27903-87842-1-PB.pdf
Description
Summary:Hal ehwal kebajikan, wanita dan kanak-kanak merupakan salah satu daripada perkara yang terletak di bawah Senarai Bersama Perlembagaan Persekutuan. Ini bermakna, walaupun di peringkat persekutuan, Malaysia mempunyai Dasar Wanita Negara, negeri juga boleh memainkan peranan dalam perkara tersebut. Kerajaan Kelantan telah melancarkan dan melaksanakan Dasar Wanita Kelantan lebih daripada sedekad. Ternyata Kerajaan Kelantan turut mengambil berat tentang aspek pembangunan wanita dan keluarga. Sungguhpun begitu ianya telah memilih pendekatan yang berbeza dalam berbanding negeri-negeri lain di Malaysia. Kerajaan Kelantan telah memilih dasar Membangun Bersama Islam berteraskan ‘Ubudiyah (perhambaan kepada Allah), Masuliyah (tanggungjawab) dan Itqan (ketekunan). Daripada dasar tersebut adalah jelas Kerajaan Kelantan mensasarkan suatu pembangunan yang berteraskan Islam dan Syariah. Pelbagai pencapaian telah diukir dalam tempoh pelaksanaan dasar tersebut. Selepas lebih sedekad satu penilaian semula telah dibuat ke atas Dasar Wanita Kelantan untuk menambahbaik peruntukan yang sedia ada. Tambahan pula, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah melancarkan Matlamat Pembangunan Mapan (SDG) untuk memastikan semua negara anggota merangka pelan pembangunan masing-masing dengan mengambil kira pelbagai aspek termasuklah kelestariannya. Semakan ke atas Dasar Wanita Kelantan perlu mengambilkira SDG agar pelaksanaannya seiring dengan kehendak global namun dalam masa yang sama tidak mengorbankan nilai asal dasar iaitu Islam. Kertas kerja in bertujuan untuk, pertama, menjelaskan sepintas lalu apa yang telah dicapai oleh wanita Kelantan melalui Dasar Wanita Kelantan dan kedua, mengemukakan cadangan penambahbaikan ke atas dasar tersebut yang selari dengan Matlamat Pembangunan Mapan (SDG).