Pencemaran bau di Malaysia: keperluan bagi pindaan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Peraturan-peraturan Pencemaran Kualiti Udara)

Bau merupakan sebahagian elemen alam sekitar yang boleh menyumbang kepada pencemaran seperti kacau ganggu dan ketidakselesaan manusia. Bau boleh dinyatakan sebagai sesuatu yang selesa, tidak menyenangkan dan memberi kesan psikologi kepada individu atau penerima sensitif. Pencemaran bau merupak...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Zaini Sakawi
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2018
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/13260/1/28568-89102-1-PB.pdf
Description
Summary:Bau merupakan sebahagian elemen alam sekitar yang boleh menyumbang kepada pencemaran seperti kacau ganggu dan ketidakselesaan manusia. Bau boleh dinyatakan sebagai sesuatu yang selesa, tidak menyenangkan dan memberi kesan psikologi kepada individu atau penerima sensitif. Pencemaran bau merupakan satu kacau-ganggu yang menyebabkan seseorang individu berada dalam keadaan yang tidak selesa, memudaratkan dan kejatuhan nilai harta tanah. Kini, isu dan masalah pencemaran bau merupakan antara isu alam sekitar yang mendapat perhatian ramai. Walau bagaimanapun, dalam konteks pengurusan, masih tidak ada perundangan dan garis panduan khusus tentang pencemaran bau. Walaupun wujud peraturan khusus pencemaran berkaitan kualiti udara dalam Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, tetapi tidak dinyatakan khusus berkaitan pencemaran bau. Seterusnya, keperluan bagi mewujudkan peraturan khusus tentang pencemaran bau dalam pindaan akta EQA 1974 perlu dilaksanakan bagi memenuhi keperluan undang-undang khususnya berkaitan tindakan, penguatkuasaan, pengukuran dan analisis berkaitan pencemaran bau. Bagi tujuan ini, kajian kes di loji rawatan kumbahan Desa Jasmin, Nilai Negeri Sembilan telah dilakukan bagi mengenal pasti kepentingan dan keperluan pelaksanaan akta berkaitan pencemaran bau untuk diwartakan. Sejumlah 65 responden telah dipilih secara rawak dalam lingkungan 500 meter dari loji rawatan kumbahan. Dapatan kajian jelas menunjukkan wujudnya pencemaran bau dan melebihi piawaian yang dibenarkan. Implikasi kajian ini jelas menunjukkan Jabatan Alam Sekitar perlu mewartakan satu undang-undang khas berkaitan pencemaran bau supaya tindakan dan pengurusan boleh dilaksanakan.