Summary: | Kebangkitan India sebagai kuasa ekonomi dan langkah strategik
untuk mengekalkan pertumbuhan ekonomi telah membawa kepada
perubahan dasar luar India daripada Look East Policy (Dasar
Pandang Timur) kepada Act East Policy (Dasar Tindak Timur). Dasar
baru inidilihat sebagai satu pendekatan yang diambil oleh India untuk
menghadapi perubahan senario global. Dasar Tindak Timurmemberi
tumpuan kepadapembinaan strategi bagi pertumbuhan ekonomi,
politik, keselamatan dan pertahanan India, melalui pelanjutan
hubungan baik dengan negara -negara di Asia Tenggara dan Asia
Timur. Mulai 2014, pimpinan Narendra Modi telah memperkenalkan
Dasar Tindak Timuryang dilihat sebagai satu pendekatan India
untuk mencapai kepentingan ekonomi dan geostrategik. Walaupun
kedua-dua dasar ini menjurus kepada hubungan dengan negaranegara
di bahagian timur India, di Asia Tenggara dan Asia Timur,
namun kedua-dua dasar ini menampakkan beberapa perbezaan dan
persamaan. Artikel ini, menjawab persoalan samada Dasar Tindak
Timurini merupakan satu polisi baru India ataupun kesinambungan
daripada polisi sedia ada iaitu Dasar Pandang Timur. Ataupun, polisi
baru ini hanya merupakan retorik politik semata-mata.
|