Distribusi dan sebaran situs gambar cadas di Indonesia: sintesis penelitian

Gambar cadas atau lebih dikenali sebagai ‘rock art’ merupakan lukisan atau bentuk yang dibuat oleh masyarakat prasejarah di atas batu terutamanya dalam gua. Artikel ini akan memaparkan hasil penelitian terbaru mengenai kajian lukisan gua di Indonesia dalam kurun waktu sepuluh tahun terakhir. Hasil j...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Mulyadi, Yadi
Format: Article
Language:English
Published: Ikatan Ahli Arkeologi Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia 2016
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/13471/1/170-246-1-SM.pdf
Description
Summary:Gambar cadas atau lebih dikenali sebagai ‘rock art’ merupakan lukisan atau bentuk yang dibuat oleh masyarakat prasejarah di atas batu terutamanya dalam gua. Artikel ini akan memaparkan hasil penelitian terbaru mengenai kajian lukisan gua di Indonesia dalam kurun waktu sepuluh tahun terakhir. Hasil jumpaan gambar cadas boleh dibahagikan kepada dua iaitu figuratif dan non-figuratif. Warna lukisan yang dijumpai kebanyakannya warna merah daripada hematit dan hitam daripada batu oker. Selain gambar yang boleh didapati dalam gua, terdapat juga lukisan yang dilukis di tebing kars. Jumlah gambar cadas yang terdapat di Indonesia pada setiap bahagian adalah di Sulawesi 106 daripada 127 gua prasejarah; Kalimantan 50 cap tangan yang terdapat pada 11 buah gua; Papua memberikan 3191 buah gambar dan Sumatera dalam Gua Harimau dijumpai sebanyak 50 buah.