Kisah percintaan dan penggemblengan watak dan perwatakan dalam novel popular Adam dan Hawa karya Aisya Sofea

Kajian ini bertitik tolak daripada pemahaman umum bahawa kisah percintaan sering dijadikan sebagai tema utama dalam novel-novel popular. Kebanyakan penyajian kisah percintaan dalam novel popular ini dikatakan menggembleng watak dan perwatakan yang ada dengan cara yang amat ketara. Bersandarkan tan...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Nurul Hilwany Che Shaffne, Mohd. Zariat Abdul Rani, Norazlina Haji Mohd. Kiram, Muhd. Zulkifi Ismail
Format: Article
Language:English
Published: Institute of the Malay World and Civilization, Universiti Kebangsaan Malaysia 2019
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/13517/1/jatma-2019-0703-06.pdf
Description
Summary:Kajian ini bertitik tolak daripada pemahaman umum bahawa kisah percintaan sering dijadikan sebagai tema utama dalam novel-novel popular. Kebanyakan penyajian kisah percintaan dalam novel popular ini dikatakan menggembleng watak dan perwatakan yang ada dengan cara yang amat ketara. Bersandarkan tanggapan umum ini, artikel ini meneliti novel Adam dan Hawa (2013) iaitu sebuah novel popular karya Aisya Sofea yang diterbitkan oleh Alaf 21 Sdn. Bhd. Bagi mencapai matlamat kajian, analisa terhadap aspek watak dan perwatakan, dan seterusnya rumusan terhadap fungsi aspek watak dan perwatakan dalam pembikinan naratif novel telah dijalankan. Hasil daripada analisis mendapati bahawa pembikinan naratif novel Adam dan Hawa telah menggembleng sepenuhnya aspek watak dan perwatakan dengan merealisasikan tiga strategi, iaitu pembinaan watak dengan perwatakan yang kondusif, pembinaan watak dengan perwatakan yang saling bertentangan, dan olahan perwatakan watak-watak secara drastik. Melalui dapatandapatan ini, kajian ini merumuskan bahawa penggemblengan aspek watak dan perwatakan dalam novel Adam dan Hawa berfungsi membangunkan sebuah kisah percintaan.