Model khatam al-Quran j-QAF: pengaruh terhadap impak pembelajaran murid

Isu pembelajaran dan pencapaian al-Quran sentiasa diberi perhatian dalam sistem pendidikan kebangsaan negara. Pada tahun 2005 program j-QAF telah dilaksanakan untuk memperkasa sistem pendidikan Islam termasuklah dalam kaedah pembelajaran al-Quran. Kandungan kurikulum j-QAF mampu melahirkan murid yan...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Hanafi Mamat, Hamdi Ishak
Format: Article
Language:English
Published: Pusat Kelestarian Turath Islami, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia 2016
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/13553/1/20-30-2-PB.pdf
Description
Summary:Isu pembelajaran dan pencapaian al-Quran sentiasa diberi perhatian dalam sistem pendidikan kebangsaan negara. Pada tahun 2005 program j-QAF telah dilaksanakan untuk memperkasa sistem pendidikan Islam termasuklah dalam kaedah pembelajaran al-Quran. Kandungan kurikulum j-QAF mampu melahirkan murid yang dapat menguasai bacaan al-Quran dengan cemerlang. Walaupun pencapaian murid dalam pembelajaran al-Quran telah menyaksikan perubahan yang amat positif namun masih lagi belum memuaskan sedangkan kesediaan guru dalam melaksanakan aktiviti pengajaran berada di tahap yang tinggi. Kajian literatur ini bertujuan meninjau faktor-faktor pembelajaran lain yang mampu merangsang pencapaian murid. Hasil kajian mendapati, selain daripada faktor pengajaran guru, faktor-faktor pembelajaran lain turut berperanan memberi impak terhadap pencapaian murid dalam pembelajaran seperti peranan keluarga, pengaruh persekitaran dan pengaruh sikap kendiri. Unsur-unsur tersebut berupaya memberi sumbangan terhadap penguasaan murid dalam pembelajaran al-Quran.