Summary: | Usaha mentafsirkan al-Quran merupakan suatu keperluan untuk mendekatkan umat Islam memahami isi kandungan al-Quran. Fokus kajian ini adalah untuk mengenal pasti penulisan karya-karya tafsir di Malaysia abad ke-21 (2001-2015). Kajian ini menggunakan reka bentuk kualitatif yang mana proses pengumpulan data dilakukan melalui kaedah analisis dokumen. Manakala proses penganalisisan data pula dilakukan dengan menggunakan kaedah analisis deskriptif. Hasil kajian menunjukkan bahawa tafsiran secara tahlili mendominasi penghasilan karya-karya tafsir di Malaysia pada masa kini. Dalam masa yang sama, tumpuan pentafsiran al-Quran kebanyakannya berdasarkan surah-surah yang terpilih. Hal ini berlaku kerana, kebanyakkan surah-surah tersebut merupakan surah-surah yang sering dipelajari, dihafal dan dibaca oleh umat Islam dalam sembahyang.
|