Kaunseling online dalam dunia terhubung

Kaunseling online dalam dunia terhubung adalah idea dan amalan baharu dalam proses hubungan membantu daripada kaunselor kepada klien melalui kemudahan internet. Kaunseling online ini merupakan suatu inovasi yang membantu menyediakan keselesaan kepada klien yang berhajat untuk mendapatkan perkhid...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Zainab Ismail
Format: Article
Language:English
Published: Pusat Kesejahteraan Insan dan Komuniti, Universiti Kebangsaan Malaysia 2018
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/13812/1/336-Article%20Text-1162-2-10-20190109%20%281%29.pdf
Description
Summary:Kaunseling online dalam dunia terhubung adalah idea dan amalan baharu dalam proses hubungan membantu daripada kaunselor kepada klien melalui kemudahan internet. Kaunseling online ini merupakan suatu inovasi yang membantu menyediakan keselesaan kepada klien yang berhajat untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling dan intervensi dengan segera, tetapi terhalang oleh lokasi geografi yang jauh, masa yang kritikal serta pelbagai halangan lain. Pada asasnya kaunseling online ini memberikan pilihan kepada klien untuk memilih sesi kaunseling sama ada melalui e-mel atau modaliti chat seperti whatsApp, telegram, facebook atau telefon. Kaunseling online ini dilakukan tanpa bersemuka seperti dalam teknik kaunseling konvensional. Dari segi fungsi, kaunseling online adalah suatu perkhidmatan kaunseling yang dapat diberikan kepada klien dengan segera tanpa hubungan secara bersemuka. Makalah ini bertujuan untuk membincangkan konsep, fungsi dan perlaksanaan kaunseling online dalam dunia terhubung. Data untuk makalah ini dikumpul melalui analisis dokumen dan dianalisis menggunakan pendekatan deskriptif. Hasil kajian menunjukkan kaunseling online sangat penting kerana ia dapat memberi ruang yang kondusif kepada klien dan membantu klien mencari jalan keluar dengan segera daripada masalah yang dihadapi. Dari segi perlaksanaan, kaunseling online adalah menggunakan amalan baharu secara maya. Secara keseluruhan, kaunseling online ini merupakan suatu inovasi yang relevan dengan kepesatan pembangunan negara dalam dunia terhubung dan berfungsi sebagai satu teknik kaunseling hikmah (wisdom counseling).